Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Benang bertali,
     Anak putu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Memegang besi panas (= hangat).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stay 1 ~ in /office, power/, terus memegang kuasa, memegang kuasa lagi: the President seemed to have recovered from his heart surgery but it’s unlikely he will continue to ~ in power, Presiden nampaknya telah pulih drpd pembedahan jantung tetapi tdk mungkin dia akan terus memegang kuasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gripvt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friend’s hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
command(be) in ~ of, memegang kuasa di; (army, military unit) memegang kuasa dlm: the army was in ~ of the town, tentera memegang kuasa di bandar itu; the captain who was then in ~ of the unit..., kapten yg pd masa itu memegang kuasa dlm unit tersebut...; be in ~ of os, dapat mengawal diri sso; take ~, menguasai keadaan: my father as usual, took ~, bapa saya, spt biasa, menguasai keadaan; take ~ of, memegang kuasa; (situation) menguasai: he took ~ of the platoon when the lieutenant was killed, dia memegang kuasa dlm platun itu apabila leftenan terbunuh; to take ~ of a situation, menguasai keadaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assume3. undertake, (mula) memegang; (office), (mula) /memegang, menjawat/; (obligation, responsibility) memikul: to ~ o’s new duties, mula memegang tugas baru sso; at the age of forty he ~d the office of president, pd umur empat puluh tahun dia mula memegang jawatan presiden; 4. take over, mengambil alih: in his absence, his assistant ~d his responsibilities, semasa dia tdk ada, penolongnya mengambil alih tugas-tugasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 vt 1. grasp, clasp, memegang; (indic reciprocal action) berpegangan: she held the child’s hand as they crossed the street, dia memegang tangan budak itu semasa menyeberang jalan; the boy held the cat’s tail, budak itu memegang ekor kucing; they held each other’s hands, mereka berpegangan tangan; 2. restrain, not let go, memegang: ~ him, he’s dangerous, pegang dia, dia berbahaya; 3. put (os, part of body) in certain position, [various translations]: he held himself erect, dia berdiri tegak; the puppy held its tail between its legs, anak anjing itu mengangkat ekornya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspvt 1. a. hold firmly, memegang (dgn kuat); (with closed fist) menggenggam: she ~ed me firmly by the shoulder and swung me around, dia memegang bahu saya erat-erat dan memusingkan saya supaya menghadapnya; the child ~ed the edge of the swimming pool, budak itu memegang tebing kolam renang dgn kuat; he ~ed both my hands warmly, dia menggenggam kedua-dua tangan saya dgn mesra; b. seize firmly, mencengkam:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guide4. show (so.) how to do st, membimbing; (by holding so’s hand) memegang [tangan sso] utk mengajar, mengajar [sso] dgn memegang [tangannya]: they are young and inexperienced. They need someone to ~ them, mereka masih budak dan tdk berpengalaman. Mereka memerlukan seseorang utk membimbing mereka; the teacher ~d my hand as I wrote the letters, guru mengajar saya menulis huruf itu dgn memegang tangan saya; 5. direct affairs of (country, state) memimpin: the government will ~ the nation through the crisis, kerajaan akan memimpin negara menghadapi krisis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 12. occupy, memegang: he held the office of chairman for a number of years, dia memegang jawatan pengerusi utk beberapa tahun; 13. keep (interest, attention) of, menguasai: a novel that ~s the reader’s interest from beginning to end, sebuah novel yg menguasai minat pembacanya dr mula hingga akhir; to ~ an audience spellbound, menguasai penonton sehingga terpegun; 14. reserve, menyimpan: she’s ~ing the tickets for us, dia menyimpan tiket utk kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handlevt 1. touch, feel with the hands, memegang: you must ~ the glass ornaments with care, kamu mesti memegang perhiasan kaca itu dgn cermat; 2. operate with the hands, menggunakan: the recruits were taught how to ~ guns properly, rekrut-rekrut itu diajar bagaimana hendak menggunakan senapang dgn betul; 3. package, transport, etc, mengendalikan: timber is a difficult item to ~, kayu balak ialah bahan yg sukar utk dikendalikan; 4. treat, memperlakukan: the demonstrators were roughly ~d by the police, penunjuk-penunjuk perasaan itu telah diperlakukan dgn kasar oleh polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grip2. style, manner of grasping st, cara memegang: the tennis coach demonstrated the correct ~ to the group, jurulatih tenis menunjukkan cara memegang yg betul kpd kumpulan itu; 3. control, kawalan: he hasn’t got a firm ~ on the staff, kawalannya thdp kakitangan tdk ketat; 4. paralyzing power, cengkaman; (of emotion) dicengkam: the natives had been in the ~ of poverty for years, penduduk asli berada dlm cengkaman kemiskinan bertahun-tahun lamanya; since his son’sKamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas