Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
put~ st up, a. raise st, menaikkan sst: they ~ up the sails, mereka menaikkan layar; the guerillas ~ up the rebel flag, gerila-gerila itu menaikkan bendera pemberontak; ~ up o’s hair, menyanggul rambut; (in curlers) menggulung rambut; ~ up o’s hand(s), mengangkat tangan; b. offer (for sale) menawarkan sst: the house was ~ up for sale last month but there is still no buyer, rumah itu telah ditawarkan utk dijual pd bulan lepas tetapi masih belum ada pembeli; c. erect, build st, mendirikan sst; (building) /membina, membangunkan, mendirikan/ sst: the television mast was ~ up in a very short time,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
promotevt 1. elevate (so.) to higher position, rank, menaikkan pangkat; (in sport) menaikkan: the company has ~d him to district manager, syarikat itu telah menaikkan pangkatnya menjadi pengurus kawasan; the winning team was ~d to the first division, pasukan yg menang itu telah dinaikkan ke bahagian satu; 2. publicize to increase sales or popularity, membuat promosi utk, mempromosikan: a campaign to ~ his new album, kempen utk mempromosikan album barunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beachvt menaikkan ke darat, menyadaikan di darat: to ~ a boat, menaikkan perahu ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elevatevt 1. move to higher position, mengangkat, menaikkan: to ~ the statue upon its base, mengangkat patung ke atas tapaknya; 2. cause to rise, menaikkan:the gas will ~ the balloon, gas akan menaikkan belon itu; 3. make higher, meninggikan: to ~ the railway lines, meninggikan landasan kereta api; 4. appoint (to exalted position) mengangkat: he was ~d to the position of Grand Vizier, dia diangkat menjadi Wazir Besar; 5. uplift, a. (morally) meninggikan akhlak; b. (intellectually) menambah pengetahuan: the new series of documentaries will, it is hoped, ~ the young viewers’ understanding, siri filem dokumentari yg baru itu, diharapkan, akan menambah pengetahuan penonton yg muda;6. (RC) mengangkat; 7. raise axis of (gun) mendongakkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bump~ up, menaikkan, menyebabkan [sst] naik: the wage increase ~ed up prices, kenaikan gaji menaikkan harga barang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
upvt increase, menaikkan, meningkatkan: the firm has ~ped its production rate by nearly 15%, firma itu telah menaikkan kadar pengeluarannya hampir 15%.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hikevt (US) increase, menaikkan: they ~d the price of goods just before Christmas, mereka menaikkan harga barang betul-betul sebelum hari Krismas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mount4. place on horse, menaikkan: the father ~ed the child on the pony, si bapa menaikkan anak itu ke atas kuda; 5. fix, attach, a. (onto cardboard, wall, etc) memasang, melekapkan; (using pin) menyematkKamus Inggeris-Melayu Dewan
creditbe a ~ to /so., st/, bring ~ to /so., st/, menaikkan nama /sso, sst/: these students are a ~ to their school, pelajar-pelajar ini telah menaikkan nama sekolah mereka; do so. ~, be a cause for praise, respect, sangat membanggakan: our netball team does us ~, pasukan bola jaring kita sangat membanggakan; gain ~, semakin dipercayai: the rumour is gaining ~, khabar angin itu semakin dipercayai; give so. ~ for, a. see n (sense 3.); b. believe so. to be, sangka: he’s smarter than I gave him ~ for, dia lebih pandai drpd yg saya sangka; have to o’s ~, berjaya menghasilkan: she has ten books to her ~, dia telah berjaya menghasilkan sepuluh buah buku; lend ~ to, menguatkan kepercayaan orang thdp: this latest news lends ~ to the story, berita terbaru ini menguatkan kepercayaan orang thdp cerita tersebut; /be, stand/ to o’s ~, sso patut dipuji: it is to her ~ that she never shirked the issue, dia patut dipuji krn tdk pernah mengetepikan isu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas