Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Peribahasa

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
resurrectionn revival, menghidupkan semula: a ~ of hope, menghidupkan semula harapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enlivenvt make lively (party, occasion, etc) merancakkan, menghidupkan; (book, story, etc) menghidupkan: his arrival ~ed the party, ketibaannya merancakkan parti itu; the chairman tried to ~ the discussion, pengerusi itu cuba merancakkan perbincangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
animate5. put to action , menghidupkan, menggerak-gerakkan: her nimble fingers ~d the puppets , jari-jarinya yg tangkas menghidupkan patung-patung itu; 6. (cinemat) menganimasikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turn~ st on, (tap) membuka sst; (gas), /membuka, menghidupkan/ sst; (other apparatus), /membuka, menghidupkan, memasang/ sst: will you ~ the gas on?, tolong buka gas; she ~ed on the radio to listen to the news, dia memasang radio utk mendengar berita;~ st/ on, onto/ st, see vt (sense 8.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resurrectvt 1. raise from the dead, /membangkitkan, menghidupkan/ semula; 2. revive, menghidupkan /semula, kembali/: old customs which have been ~ed, adat-adat lama yg telah dihidupkan semula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inject~ st into, see vt; ~ life into st, menghidupkan sst: to ~ new life into an organization, menghidupkan sesebuah pertubuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
animatevt 1. make alive, menghidupkan: we do not know what ~ the body cells, kita tdk tahu apakah yg menghidupkan sel badan; 2. enliven, brighten up, [various translations]: to ~ a discussion, merancakkan perbincangan; her gaiety ~d us all, keriangannya menggirangkan kami semua; the presence of celebrities would ~ the party, kehadiran orang-orang yg terkenal akan memeriahkan majlis itu; a wide grin ~d her face, senyuman lebar menyerikan wajahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start 3. cause (engine, fire, motor, etc) to function, menghidupkan: he ~ed his car and turned to wave at me, dia menghidupkan keretanya dan berpaling utk melambai kpd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strike b. produce (light etc) by striking, menyalakan, menghidupkan; (spark) memercikkan: wait until I can ~ a light, tunggulah sehingga saya boleh menghidupkan api; the friction struck sparks from the stone, geseran itu memercikkan bunga api drpd batu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stir 1 to ~ memories, menghidupkan kenangan silam; his speech ~red us to action, ucapannya membuat kami bertindak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas