Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)

477

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
welcomevt 1. greet with pleasure, menyambut: the host and hostess were in the hall to ~ their guests, tuan rumah suami isteri ada di dewan utk menyambut para tetamu mereka; the whole family were at the station to ~ him home, seluruh keluarga ada di stesen utk menyambutnya pulang; 2. invite and encourage (so.) to do st, mengalu-alukan: we always ~ people from outside to participate in our activities, kami sentiasa mengalu-alukan orang dr luar utk menyertai aktiviti-aktiviti kami; 3. approve and support an action, mengalu-alukan, menyambut baik: they ~d the proposal put forward at the assembly, mereka mengalu-alukan usul yg dikemukakan di perhimpunan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greetpandangan marah; 3. come suddenly upon, menyambut; (of a hail of fire) menghujani: the sight that ~ed us was breathtaking, pemandangan yg menyambut kami sungguh mengagumkan; a hail of fire ~ed the attackers, tembakan peluru menghujani penyerang-penyerang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
antiphonaladj 1. sung alternately, antifon: ~ singing, nyanyian antifon; 2. responsive, menyambut: the blare of trumpets is ~ to the beating of drums, bunyi trompet menyambut bunyi paluan gendang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greetshe ~ed her mother with a smile, dia menyambut ibunya dgn senyuman; the queen was ~ed by hundreds of schoolchildren waving small flags, permaisuri disambut oleh ratusan murid sekolah yg melambaikan bendera kecil; his election victory was ~ed by thundering applause from his supporters, kemenangannya dlm pilihan raya disambut dgn tepuk sorak yg gemuruh; 2. receive in a certain manner, menyambut: the news was ~ed with great joy, berita itu disambut dgn gembira sekali; their presence was ~ed by angry stares, kehadiran mereka disambut dgnKamus Inggeris-Melayu Dewan
answere. (the telephone) menjawab, menyambut: the telephone stopped ringing before I could ~ it, telefon itu berhenti berdering sebelum saya sempat menjawabnya; ~ the /door, bell/, membuka pintu, keluar; f. (advertisement) menjawab: she got the job by ~ing an advertisement, dia mendapat kerja itu dgn menjawab iklan; 3. solve, menyelesaikan; (riddle) menjawab: problems that need to be ~ed, masalah yg perlu diselesaikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
saccharineshe greeted the children with a ~ smile, dia menyambut budak-budak itu dgn senyuman yg terlalu manis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
see 1 ~ the /Old Year out, New Year in/, menyambut tahun baru; ~ what /one can do, can be done/, melihat apa yg boleh sso buat; (colloq) tengok apa yg boleh sso buat: I’ll ~ what I can do to help you, saya akan tengok apa yg boleh saya buat utk menolong kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jovialityn keriangan, kegirangan: he greeted them with~, dia menyambut mereka dgn keriangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stony ~ politeness, kesopanan yg hambar: he received us with ~ politeness, dia menyambut kami dgn kesopanan yg hambar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
saunterhe ~ed over to the reception desk, dia berjalan perlahan-lahan menuju meja menyambut tetamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas