Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

488

Promises are like piecrust: easy made and easy broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
alludevi; ~ to, secara tdk langsung /menyebut, menyentuh/; (used with modals such as “must”, “will” or the negative “not”) menyebut, menyentuh; (used in rel clause) dimaksudkan: he often ~d to the deteriorating state of the country’s economy, dia selalu secara tdk langsung menyebut keadaan ekonomi negara itu yg kian merosot; if you must ~ to her past record, will you please be discrete?, jika kamu terpaksa juga menyebut rekod masa lalunya, bolehkah kamu lakukannya secara hati-hati?; although he did not mention her name, we were in no doubt who he was alluding to, walaupun dia tdk menyebut nama gadis itu, kami tahu siapa yang dimaksudkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mentionvt menyebut (ttg): he ~ed the idea to me, dia menyebut idea itu kpd saya; I’ve never heard it ~ed, saya tak pernah mendengar perkara itu disebut; he ~ed that you were away then, dia ada menyebut bahawa kamu tdk ada pd waktu ituKamus Inggeris-Melayu Dewan
lispn & vi pelat menyebut huruf “s”: the little boy has a bad ~, budak lelaki itu sangat pelat menyebut huruf “s”; she still ~s badly, dia masih pelat menyebut huruf “s”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allusionn 1. act of making indirect reference to, /menyebut, menyentuh/ (secara tdk langsung): his ~ to my prison record was unnecessary, dia tdk perlu menyebut rekod penjara saya; make an ~, (secara tdk langsung) /menyebut, menyentuh/: he does not like people to make any ~ to his blindness, dia tdk suka orang menyebut hal matanya yg buta; 2. indirect reference, esp in literature, kilasan: an epic poem that is full of ~s, puisi epik yg penuh dgn kilasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slurvt 1. pronounce indistinctly, run syllables etc together, menyebut [sst] dgn tdk jelas: he ~s his words, dia menyebut kata-katanya dgn tdk jelas; since his stroke he is inclined to ~ his words, sejak dia diserang strok, dia cenderung menyebut kata-katanya dgn tdk jelas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lispingn kepelatan menyebut huruf “s”: his ~ caused him much embarrassment, kepelatannya menyebut huruf “s” menyebabkan dia begitu malu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
number~ off, menyebut nombor: the soldiers ~ed off from the right, askar-askar itu menyebut nombor bermula dgn sebelah kanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mispronouncevt salah menyebut: the interviewer ~d my name, penemu duga itu salah menyebut nama saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enunciatevi (fml) menyebut perkataan (dgn terang): he must learn to ~ clearly, dia mestilah belajar menyebut perkataan dgn terang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reel 1 ~ st off, menyebut dgn lancar sst: he ~ed off the names of world leaders, dia menyebut dgn lancar nama para pemimpin dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas