Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ka] | موک

Definisi : 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ka] | موک

Definisi : 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dahi hingga ke dagu: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ a. rupa muka. b. maruah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman (buku, makalah dll). 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. kehilangan ~ mendapat malu. muka-muka; dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Muka berpandangan,
     budi kedapatan,
kasih bagai selama juga.

Bermaksud :

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

 

Lihat selanjutnya...(43)

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
facen 1. front part of head from forehead to chin, muka: a scarred ~, muka yg berparut; 2. facial expression, wajah, air muka, muka: a cheerful ~, wajah yg riang; 3. front, prominent, important part, muka: the ~ of a cliff, muka cenuram; 4. (of land) permukaan: the ~ of the land has been spoilt by mining, permukaan tanah itu telah rosak akibat perlombongan; 5. (in printing ), (muka) taip;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facelose ~, jatuh air muka, (mendapat) malu; /make, pull/ /a ~, ~s/, membuat muka; meet so. ~ to ~, /bertemu muka, bersemuka/ dgn sso; on the ~, (pd) muka: the shrapnel struck him on the ~, serpihan dr letupan itu terkena mukanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Janus -facedadj talam dua muka, suka bermuka-muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facialadj muka: ~ hair, bulu roma muka; ~ expression, air muka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smother vt 1. suffocate (by covering so’s face with st), (act.) membunuh [sso] dgn /menekapkan [sst] ke muka [sso], menekap muka [sso] dgn [sst]/; (pass.), [sso] mati akibat muka sso ditekap (dgn sst):Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interfacen ruang hubung kait; (tech) antara muka: the ~ between science and art, ruang hubung kait antara sains dan kesusasteraan; ~ adapter, penyesuai antara muka; ~ card, kad antara muka; ~ processor, pemproses antara muka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
page 1 n 1. muka surat, halaman: the illustration on ~ 10 , ilustrasi pd muka surat 10; how many ~s have you written? , berapa banyak muka surat telah kamu tulis?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faceshow o’s ~, menunjukkan muka sso: never show your ~ here again, jangan sekali-kali tunjukkan muka kamu di sini lagi; /speak, stand/ ~ to ~, /bercakap, berdiri/ /berhadap-hadapan, berdepan-depan, bersemuka/; to so’s ~, di hadapan muka sso, terang-terang kpd sso: I told him to his ~ that he was a liar, saya mengatakan terang-terang kepadanya bahawa dia pembohong; turn /so., st/ ~ up, menelentangkan /sso, sst/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
profilein ~, dr /tampang, profil, tepi/ muka: in ~ he looks very like his father, dr tampang mukanya dia kelihatan mirip wajah ayahnya; he painted her in ~ , dia melukis muka wanita itu dr tepi muka; have high ~, menonjolkan diri: as party leader, it’s important to have a high ~, sebagai pemimpin parti, adalah penting utk menonjolkan diri;keep a low ~, tdk menonjolkan diri: she kept a low ~ until the gossip had died down, dia tdk menonjolkan diri hinggalah gosip itu lenyap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shop front n muka kedai: the original ~ is being retained, muka kedai asal dikekalkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas