Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
seasonn 1. one of the main periods the year is divided into, musim: the four ~s – spring, summer, autumn and winter, empat musimmusim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
passingn 1. act of, a. (going by), (of time) berlalunya: the ~ of the seasons, berlalunya musim-musim; b. (approving officially) pelulusan: the ~ of the bill was greeted with cheers, pelulusan rang itu disambut dgn sorak-sorai; c. (delivering sentence) penjatuhan: the ~ of the sentence was deferred, penjatuhan hukuman itu telah ditangguhkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freeze~ up, (of body of water) membeku, menjadi /beku, ais/: two hundred years ago, the winters were so cold that even the Thames froze up, dua ratus tahun yg lalu, musim-musim dingin terlalu sejuk sehinggakan Sungai Thames pun menjadi ais;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
season2. period of time marked by typical weather condition, activity, festivity, etc, musim: the rainy ~, musim tengkujuh; the durian ~ is just starting, musim durian baru saja bermula; it’s the mating ~, ini musim mengawan; the hunting ~, musim memburu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Indian summern musim panas pd hujung musim gugur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wintern musim sejuk: they spent the ~ skiing in Switzerland, mereka menghabiskan musim sejuk bermain ski di Switzerland; in ~ the mountains are covered with snow, dlm musim sejuk, gunung-gunung itu diliputi salji; last year we had a severe ~, pd tahun lalu, kita menghadapi musim sejuk yg teruk betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seasonout of ~, a. (of fruit and vegetables) di luar musim: strawberries are expensive if you buy them out of ~, strawberi mahal harganya jika dibeli di luar musim; b. (of animals) bukan musim memburu [n]; (of fish) bukan musim menangkap [n]; c. not during the busy holiday period, di luar musim percutian: the resort is definitely not as busy out of ~, tempat percutian ini tdk sibuk begini di luar musim percutian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnn (season) musim /luruh, gugur/: in the ~ of 1940, pd musim luruh tahun 1940; ~ fashions, fesyen musim luruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
season b. (of animal) musim memburu [sst]; (of fish) musim menangkap ikan: pheasants are not in ~, ini bukan musim memburu burung kuang; c. (of female animal) sedang berahi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wintervi menghabiskan musim sejuk: they ~ in the south of France each year, mereka menghabiskan musim sejuk di selatan Perancis setiap tahun; the birds ~ in a warmer climate, burung-burung itu menghabiskan musim sejuk di tempat yg iklimnya lebih panas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas