Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.ra] | ڤڠݢرا

Definisi : 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ge.ra] | ڤڠݢرا

Definisi : 1 orang yg membuat orang lain berasa takut. 2 alat yg digunakan utk menimbulkan rasa takut: ~ burung alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. 3 alat utk memberi isyarat (ketika berlaku bahaya dll): ~ kebakaran alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggera

Peribahasa

521

It's no use to shut the stable door after the horse has bolted

Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak.

Sudah kalah baru berkubu

The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped

Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sudah kalah baru berkubu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fire-alarmn penggera kebakaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burglar alarmn penggera kecurian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wiredadj 1. (of clothing) stiffened with wire, berdawai: a ~ corset, korset yg berdawai; 2. a. connected by electrical wires to an alarm system, dipasangi penggera: the gate is ~, pintu pagar itu dipasangi penggera; b. bugged, dipasangi mikrofon tersembunyi: he did not know that his room was ~, dia tdk tahu bahawa biliknya telah dipasangi mikrofon tersembunyi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start 6. sudden movement, jerk, terkejut: he sat up with a ~ when the fire-alarm rang, dia terkejut lalu duduk apabila penggera kebakaran itu berbunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alarmn 1. fear, kecemasan, (perasaan) cemas: she stepped back in ~ at the sight of the snake, dia mengundur ke belakang dgn cemas apabila ternampak ular itu; 2. apprehension, kebimbangan, kerisauan, kekhuatiran; take ~, (menjadi) /bimbang, risau, khuatir/: she took ~ when her father failed to meet her, dia menjadi bimbang apabila bapanya tdk datang menemuinya; 3. sound, signal, etc warning of danger, /amaran, tanda/ bahaya: sentries were posted at the gate to give the ~ against intruders, pengawal-pengawal ditempatkan di pintu masuk utk memberikan amaran bahaya sekiranya penceroboh masuk: to sound the ~, membunyikan amaran bahaya; 4. device that gives warning, penggera: burglar ~, penggera pencuri; fire ~,penggera kebakaran; 5. alarm clock, jam /loceng, gerak/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleep ~ through, not be woken by, terus tidur: he slept through the alarm and was late for work, dia terus tidur walaupun jam penggera berbunyi dan dgn itu dia terlambat pergi bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insurance4. measure taken as protection against loss etc, jaminan: she had a burglar alarm installed as an ~ against further break-ins, dia memasang penggera kecurian sbg jaminan tdk berlaku lagi kejadian pecah rumah; 5. business of providing protection against loss etc, perniagaan insurans.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sound 2 5. deep, undisturbed, lena, nyenyak: the alarm clock woke him from a ~ sleep, dia terjaga drpd tidurnya yg nyenyak oleh bunyi jam penggera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rush4. a swift forceful moving forward, a. (of people) menyerbu: there was an immediate ~ for the doors when the fire alarm sounded, apabila penggera kebakaran berbunyi, pintu-pintu telah diserbu dengan cepat; b. (of air, water) deruan, deru: a sudden ~ of wind, deru angin yg tiba-tiba; the sudden ~ of water caused by the opening of the floodgate, deru air yg tiba-tiba disebabkan get banjir dibuka; c. (of blood) derauan, berderau: a ~ of blood to the head made him dizzy,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wake 1vi 1. stop sleeping, terjaga, terbangun; (habitually,) jaga, bangun, bangkit: he woke with a start when the alarm went off, dia terjaga krn terkejut apabila penggera jam itu berbunyi; I usually ~ at six in the morning, saya selalunya bangun pd pukul enam pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas