Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1 sudah berisi seluruhnya; tidak ada yg terluang lagi: Tangkinya sudah ~. 2 banyak berisi sesuatu: Sakunya ~ dgn buah mata kucing. Orang ramai ~ sesak di stesen kereta api. 3 tidak dikurangkan apa-apa; lengkap: Tiap-tiap bulan, dia menerima gaji ~ sebanyak RM910.00. memenuhi 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. memenuhkan menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. sepenuh tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar, kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capacity~ /audience, crowd/, /para penonton, orang ramai/ yg penuh sesak; be filled to ~, penuh padat, penuh, padat: the hall was filled to ~, dewan itu penuh padat; fill st to ~, memenuhi sst: the rain filled the dams to ~, hujan memenuhi empangan-empangan; seating ~, jumlah tempat duduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fulladj 1. containing as much as possible, penuh: a ~ tank, tangki yg penuh; don’t speak with your mouth ~, jangan bercakap apabila mulut kamu penuh; the room was ~ of furniture, bilik itu penuh (dgn) perabot; a box ~ of old photographs, kotak yg penuh (dgn) gambar foto lama; ~ to the brim, penuh sampai ke bibir; ~ to overflowing, penuh melimpah; 2. containing in abundance, penuh: the lake is ~ of fish, tasik itu penuh dgn ikan; the child is ~ of energy, kanak-kanak itu penuh bertenaga; his pockets are always ~ of money, sakunya sentiasa penuh dgn wang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crammedadj (with people) penuh sesak: (with things) penuh padat: a hall ~ with people, dewan yg penuh sesak dgn orang; a suitcase ~ with clothes, beg yg penuh padat dgn pakaian; a ~ schedule, jadual yg penuh padat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shovelful n penyodok penuh: add two ~s of sand and one of gravel, campurkan dua penyodok penuh pasir dan sepenyodok penuh batu kelikir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
choke3. make unbreathable, (act.) menyebabkan [sst] penuh; (pass.) penuh: air ~d with dust, udara yg penuh dgn habuk; 4. also ~ up, block up, a. (act.), /membuat, menyebabkan/ [sst] tersumbat: leaves ~d up the drain, daun-daun menyebabkan parit tersumbat: b. (pass.) tersumbat; 5. also ~ up, (often pass.) infest with, semak dgn: the garden was ~d up with weeds, taman itu semak dgn rumpai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exuberantadj 1. abounding in high spirits, penuh semangat; (of person) riang dan penuh semangat: he was given an ~ welcome, dia diberi sambutan yg penuh semangat; she has always been an ~ person, dia memang orang yg riang dan penuh semangat; be in ~ spirits, riang dan penuh semangat: the students were in ~ spirits on the last day of term, penuntut-penuntut riang dan penuh semangat pd hari akhir penggal; 2. luxuriant, rimbun: plants with ~ foliage, tumbuh-tumbuhan yg rimbun daunnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mysteriousadj penuh misteri: he died of a ~ illness, dia mati krn sakit yg penuh misteri; a ~ woman heavily veiled, perempuan berselubung yg penuh misteri; he gave a ~ smile, dia memberi senyuman yg penuh misteri; he’s being very ~ abKamus Inggeris-Melayu Dewan
repleteadj 1. fully provided, penuh dilengkapi; (of mind) penuh dgn: a room ~ with furniture, bilik yg penuh dilengkapi perabot; his mind is ~ with information, kepalanya penuh dgn maklumat; 2. pleasantly well-fed, kenyang: he felt ~ after that meal, dia berasa kenyang selepas makan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overflowfull to ~ing, (of place) penuh sesak; (with things) sangat penuh: the room was full to ~ing, bilik itu penuh sesak; boxes that were full to ~ing, kotak-kotak yg sangat penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst~ with, a. be so full as to almost break open, overflow, penuh padat dgn; (with people) penuh sesak dgn: sacks ~ing with corn, kampit yg penuh padat dgn jagung; the department stores were ~ing with last minute shoppers, gedung serbaneka penuh sesak dgn pembeli saat-saat akhir; b. be full of (joy, enthusiasm, etc) terlalu, amat: she was ~ing with happiness, dia terlalu gembira; ~ing with impatience, tdk sabar-sabar lagi; c. show abundance of (energy, vitality, etc) penuh, sangat: to be ~ing with vitality, penuh bertenaga; ~ing with health, segar-bugar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas