Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)

645

A word spoken is past recalling

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but a word spoken is past recalling. I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scud b. (of yacht, boat, etc) meluncur: small yachts ~ded over the calm sea, perahu-perahu layar kecil meluncur di laut yg tenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skim b. (of boat, vehicle, ski, etc) meluncur: sailing boats of all shapes and sizes ~med about on the lake, perahu-perahu layar yg pelbagai bentuk dan saiz meluncur di tasik itu; buses full of passengers ~med along the highway, bas-bas yg penuh dgn penumpang meluncur di sepanjang lebuh raya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
row 2 n /berkayuh, berdayung/ perahu: the ~ across the lake took him two hours, berkayuh perahu menyeberangi tasik itu mengambil masa dua jam; it was a long ~ home, lamanya berkayuh perahu utk pulang; let’s go for a ~, mari kita pergi berkayuh perahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
row 2 vi 1. propel by using oars, /mengayuh, mendayung/ perahu: he is learning to ~, dia sedang belajar mengayuh perahu; 2. take part in a boat race, berlumba /mengayuh, mendayung/ perahu: last year he ~ed for Oxford, tahun lalu dia berlumba mengayuh perahu mewakili Oxford;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
row 2 vt 1. propel by using oars, mengayuh, mendayung: he ~ed the boat upstream, dia mengayuh perahu itu ke hulu; 2. convey in a rowing boat, mengangkut [sso, sst] dgn perahu: passengers were ~ed from ship to shore, penumpang-penumpang diangkut dgn perahu dr kapal ke pantai; 3. race against in a boat, berlumba /mengayuh, mendayung/ perahu dgn: we are ~ing Oxford in the next race, kita akan berlumba mengayuh perahu melawan Oxford pd tahun depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boatsmann 1. one who hires out his boat (s) /tuan punya, pemilik/ /perahu, sampan, bot, dsb/; 2. one who rows a boat for a fee, /pendayung, pengayuh/ perahu; 3. one who sails a boat for a fee, jurulayar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boatloadn /perahu, sampan, kapal, dsb/ (penuh): a ~ of fish, seperahu ikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rowing boatn perahu dayung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regattan perlumbaan perahu, regata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rowern /pengayuh, pendayung/ perahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas