Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Puisi
 

Nona ada papaya tidak,
     Bunga ros duri berkait;
Benar ada percaya tidak,
     Telunjuk lurus kelingking berkait.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri;
     luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Bermaksud :

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

 

Lihat selanjutnya...(14)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
mistrustn 1. lack of trust, rasa tdk percaya, tdk percaya: there are reasons for their ~ of the new party, ada sebab-sebabnya mereka tdk percaya akan parti baru itu; 2. suspicion, rasa curiga: her ~ of strangers, rKamus Inggeris-Melayu Dewan
believevt percaya akan, mempercayai; (preceding a clause) percaya: it is difficult to ~ his story, sukar mempercayai ceritanya; don’t ~ everything you read, jangan percaya akan semua yg kamu baca; do you ~ him?, kamu mempercayainya or kamu percaya akan kata-katanya?; I ~ he has retired, saya percaya dia telah bersara; a large amount of gold is ~d to have been hidden here, orang percaya bahawa banyak emas telah disembunyikan di sini; ~ it or not, would you ~ it?, (colloq) percaya tak?; ~ (you) me, percayalah; /can, could, would, etc/ ~ it of so., percaya sso /dapat, boleh/ melakukannya; I could scarcely ~ my /eyes, ears/, saya terperanjat /melihat, mendengar/ sst; I ~ not, rasanya tidak, rasa saya tidak; make ~, berpura-pura: they made ~ that they were cowboys, mereka berpura-pura bahawa mereka koboi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
believevi percaya: to ~ in God, percaya kpd Tuhan; she ~s in moderation, dia percaya akan kesederhanaan; she is happy? I ~ so, bahagiakah dia? Saya percaya begitulah; Mr. ..., I ~, /kalau tak salah, saya kira/ tuan ini...: Mr. Veerapan, I ~?, kalau tak salah, tuan ini En. Veerapan?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incredulousadj tdk percaya; (attrib), (seolah-olah) tdk percaya: he was ~ at first, pd mulanya, dia seolah-olah tdk percaya; she gave him an ~ smile, dia tersenyum seolah-olah tdk percaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trustvi rely on, percaya: to ~ in God, percaya pd Tuhan; we’ll just have to ~ to luck, kita terpaksa percaya pd nasib;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beliefbeyond ~, di luar kepercayaan; have /no, not much/ ~ in (doctors etc) tdk percaya pd (doktor dsb); to the best of my ~, saya betul-betul percaya; unworthy of ~, tdk dapat dipercayai: an idea unworthy of ~, idea yg tdk dapat dipercayai; in /o’s, so’s/ ~ that, krn sso percaya bahawa: in his ~ that he had fully recovered..., krn dia percaya bahawa dia telah betul-betul sembuh...; it is o’s ~ that, sso percaya (bahawa): it is my ~ that he lied, saya percaya dia berbohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbelievingadj tdk percaya: her expression showed that she was puzzled and ~, air mukanya menunjukkan bahawa dia kehairanan dan tdk percaya; Galileo asserted to an ~ world that the planets revolve around the sun, Galileo memberikan penegasan kpd dunia yg tdk percaya, bahawa planet beredar mengelilingi matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confidingadj mudah percaya: a ~ nature, sifat mudah percaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trustvt 1. place confidence in, believe, percaya pd, mempercayai: I don’t ~ that man, saya tdk percaya pd lelaki itu; you can’t ~ anything he says, kamu tak boleh mempercayai apa saja cakapnya; I am glad that I ~ed his advice, mujurlah saya percaya pd nasihatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vote~ of confidence, undi percaya; ~ of no confidence, undi tdk percaya; ~ of thanks, ucapan terima kasih: the meeting proposed a ~ of thanks to the chairman, mesyuarat memberikan ucapan terima kasih kpd pengerusi; cast o’s ~, mengundi, membuang undi; one man one ~, satu orang satu undi; put st to the ~, memperundikan sst: the Speaker put the Bill to the ~, Tuan Speaker memperundikan Rang Undang-undang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas