Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1 tidak mendapat keuntungan; dijual dgn harga yg lebih rendah drpd harga pokok: Apa gunanya berniaga kalau selalu ~? 2 tidak memberi faedah atau kebaikan; sia-sia saja: Dia berasa ~ mengikuti kursus itu kerana apa-apa yg diajarkan dlm kursus itu sudah dipelajarinya dahulu. berugi mendapat rugi; menanggung rugi: Apa guna ~-rugi mengeluarkan belanja yg banyak utk majlis perkahwinan itu? merugikan 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. kerugian 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Biar senget jangan tertiarap.

Bermaksud :

Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.

 

Lihat selanjutnya...(35)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
compensatevt 1. recompense, memampasi, mengganti rugi, membayar /pampasan, ganti rugi/ kpd; (by doing st) memampasi, mengganti rugi: he was ~d for his injury at work, dia dibayar pampasan krn kecederaan yg dialaminya semasa bekerja; 2. (mech) memampas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lose~ on, rugi dlm: he lost on that bet, dia rugi dlm pertaruhan itu; ~ st on, rugi sst dlm: he lost thousands on the horses, dia rugi beribu-ribu ringgit dlm lumba kuda; ~ o’s /hold, grasp/ on so., tdk dapat mengawal sso: some parents tend to ~ their hold on their chldren due to their lack of attention, sebilangan ibu bapa tdk dapat mengawal anak-anak krn mereka kurang memberikan perhatian; ~ o’s hold on reality, hilang kawalan thdp realiti: when you’re in a state of extreme depression, you can ~ your hold on reality, apabila sso berada dlm keadaan murung yg keterlaluan, kawalannya thdp realiti boleh hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loseg. (money in a business venture etc) rugi: the bank lost thousands of dollars due to insider trading, bank itu rugi beribu-ribu ringgit akibat perdagangan orang dalam; he lost a lot of money playing cards, dia rugi banyak krn bermain terup; 3. become unable to find, hilang: they can’t process his application as his file seems to be lost, mereka tdk dapat memproses permohonannya krn failnya hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lose~ out, rugi: if there’s a takeover, we will ~ out, jika berlaku pengambilalihan, kita akan rugi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lose~ by, rugi jika: we have a lot to ~ by merging with another company, kita akan rugi besar jika kita bergabung dgn syarikat lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damagesn (in pl), (leg.), (bayaran) ganti rugi: he claimed ~ for the loss of his arm, dia menuntut ganti rugi krn kehilangan tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
losevi 1. suffer loss, mengalami kerugian, rugi: to ~ in a transaction, rugi dlm satu urus niaga; the company has been losing steadily on that project, syarikat itu terus mengalami kerugian dlm projek itu; 2. suffer defeat, kalah, tewas; (in love) kecewa, gagal: he behaves badly every time he ~s, dia berkelakuan buruk setiap kali dia kalah; we lost to a better side, kami kalah kpd pasukan yg lebih baik; it’s better to have loved and lost than never to have loved at all, lebih baik bercinta dan kecewa drpd tdk pernah bercinta langsung; 3. (of clock, watch etc) run slow, become slow, lambat, lewat: this wall clock is losing, jam dinding ini lambat; 4. decrease in effectiveness, hilang keberkesanannya, tdk berkesan lagi: the poem ~s in translation, puisi itu hilang keberkesanannya setelah diterjemahkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compensationn 1. act of compensating, pemampasan, pembayaran ganti rugi; 2. st given as recompense, pampasan ganti rugi: the insurance company paid him $50,000 in ~ for the loss of his car, syarikat insurans membayar $50,000 sbg pampasan utk keretanya yg hilang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
miss 1~ out, (colloq) rugi: by the sound of it I ~ed out by not going to that birthday party, menurut cerita-cerita yg saya dengar, nampaknya saya rugi krn tdk pergi ke majlis hari jadi itu; ~ /so., st/ out, a. omit st, meningKamus Inggeris-Melayu Dewan
indemnityn 1. security, protection against possible loss, damage, etc, perlindungan: ~ against loss of income, perlindungan drpd kerugian pendapatan; 2. compensation, ganti rugi: he was paid ~ for wrongful dismissal, dia dibayar ganti rugi krn dibuang kerja secara tdk adil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas