Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba] | سربا

Definisi : 1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba] | سربا

Definisi : 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin).

 

Lihat selanjutnya...(34)

136

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
awkward5. embarrassed, serba salah; (attrib) dlm keadaan serba salah: she felt ~ about asking him for the loan, dia berasa serba salah utk meminjam wang daripadanya; an ~ silence followed his outburst, mereka terdiam dlm keadaan serba salah setelah dia menghamburkan kata-kata itu; 6. requiring tact, delicate, sulit: an ~ diplomatic situation, keadaan diplomatik yg sulit; ~ customer, a. so. who is difficult to deal with, (orang yg) banyak kerenah; b. animal that is dangerous to deal with, binatang yg berbahaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
versatileadj 1. (of person) adaptable, serba boleh: he is a very ~ pianist, dia pemain piano yg serba boleh; 2. having many uses, serba guna: a ~ material that can be used in a number of different ways, bahan serba guna yg boleh digunakan dgn beberapa cara yg berbeza; a ~ gadget that beats, blends and mixes, alat serba guna yg memukul, mengisar dan menggaul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
versatilityn 1. (of person) serba boleh: a painter of great imagination and ~, seorang pelukis yg hebat daya imaginasinya serta serba boleh; 2. (of things) serba guna: the ~ of new materials, bahan-bahan baru yg serba guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
richlyadv 1. expensively, luxuriously, serba indah: a ~ embroidered cloth, kain yg bersulam serba indah; a ~ jewelled crown, mahkota yg bertatahkan permata serba indah; 2. thoroughly, betul-betul, benar-benar: a punishment ~ deserved, hukuman yg betul-betul setimpal; he ~ deserves the honour, dia benar-benar patut menerima penghormatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
difficultbe in a ~ position, (dlm keadaan) serba salah; make life ~ for so., menyusahkan hidup sso; place so. in a ~ position, menyebabkan sso serba salah: the arrival of her ex-husband placed her in a ~ position, ketibaan bekas suaminya menyebabkan dia serba salah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
necessitousadj serba kekurangan: to live in ~ circumtances, hidup dlm keadaan serba kekurangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dilemman dilema, keadaan serba salah: there seemed to be no way out of the ~, nampaknya tdk ada jalan keluar drpd dilema itu; place so. in a ~, /menyebabkan, membuat/ sso berada dlm /dilema, keadaan serba salah/; on the horns of a ~, dlm /dilema, keadaan serba salah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free~ and easy, serba santai: he leads a ~ and easy sort of life, hidupnya serba santai; ~ /from, of/, a. not spoilt, troubled, harmed, encumbered, etc by, bebas dr: at last he was ~ of her, akhirnya dia bebas daripadanya; he is seldom ~ from worries, dia jarang bebas dr kebimbangan; b. without, lacking, tdk ada, tdk ber [n]: the road is now ~ of obstructions, jalan itu tdk ada halangan sekarang ini; a piece of wood ~ of knots, sebatang kayu yg tdk berbuku-buku; ~ of charge, percuma; ~ of /tax, duty /, bebas cukai; feel ~ (to do st), (colloq) silakan (berbuat sst): feel ~ to use my typewriter, silakan menggunakan mesin taip saya; /get st, work / for ~, (colloq), /mendapat sst, bekerja/ dgn percuma;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needyadj miskin, susah, serba kekurangan: a ~ family, keluarga yg miskin; the ~, orang /miskin, susah, yg serba kekurangan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well informedadj having wide knowledge, serba tahu: a ~ man who is most interesting to talk to, lelaki serba tahu yg seronok dilawan bercakap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas