Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siap] | سياڤ

Definisi : 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(2)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pegbuy st off the ~, membeli sst siap: he cannot buy shirts off the ~, dia tdk boleh membeli baju siap; off the ~, beli siap: the coat was off the ~ but fits me perfectly, kot ini beli siap tetapi cocok benar dgn saya; an off-the- ~ dress, baju beli siap; a square ~ in a round hole, so. unsuited to the position he holds or the work he is doing, (sso) tdk /sesuai, layak/ + approp v: he was always a square ~ in a round hole on the farm, dia memang tdk sesuai bekerja di ladang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabricatedadj pasang siap: a ~ bridge, jambatan pasang siap; a ~ house, rumah pasang siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
readyadv siap: ~-cut chicken, ayam yg siap dipotong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
setall ~, (ber)siap sedia: where have you been all this time? I was all ~ to go to the police station!, di mana kau selama ini? Aku dah siap sedia nak pergi ke balai polis!; he slammed the door as he came in, all ~ for a showdown, dia masuk sambil menghempaskan pintu, siap sedia utk berperang besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
completionn 1. act of finishing, penyiapan, menyiapkan, menyelesaikan, siap, selesai: the ~ of the essay is his first consideration, pertimbangannya yg pertama adalah utk menyiapkan esei itu; on ~, apabila [n] /siap, selesai/: payment will be made on ~ of contract, bayaran akan dibuat apabila kontrak itu selesai; 2. state of being finished, siap, selesai: the highway is near ~, lebuh raya itu hampir siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfinishedadj belum siap; (of meal) tdk dihabiskan: he died leaving the novel ~, dia meninggal dunia dgn meninggalkan novelnya yg belum siap; he left his meal ~, dia meninggalkan makanannya tdk dihabiskan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabricatevt membuat secara pasang siap: the kitchen cupboards have all been ~d in a factory, gerobok dapur itu telah dibuat secara pasang siap di sebuah kilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fabricatevt 1. construct by assembling parts, memasang siap, membikin: to ~ a bridge, memasang siap jambatan; 2. invent, concoct, mengada-adakan, mereka(-reka): the whole story was ~d, cerita itu keseluruhannya diada-adakan sahaja; to ~ an accusation, mengada-adakan tuduhan; 3. forge, memalsukan: to ~ a will, memalsukan surat wasiat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toeon o’s ~s, bersikap siap sedia: our boss has kept us on our ~s the past week, minggu lepas ketua kami membuat kami sentiasa bersikap siap sedia saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabn(colloq)approp n+ pasang siap: there are a lot of ~s on the construction site, terdapat banyak bangunan pasang siap di tapak pembinaan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas