Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1. persekutuan, perkumpulan, ga­bungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi per­usahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), per­kongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. perse­kutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik­-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemu­dahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, ter­utamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi­nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau meng­hasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa per­usahaan (spt pembuatan barang, pengen­dalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhim­punan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id per­kongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan mem­beri lebih banyak sumbangan kpd pem­bangunan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ri.kat] | شريکت

Definisi : 1 apa-apa yg menjadi teman atau sekutu kpd yg lain; kawan; rakan: Allah hanya satu, tiada ~ bagi-Nya. 2 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; firma: Ahmad bekerja sbg Pegawai Pemasaran di sebuah ~ tempatan. ~ berhad badan perniagaan yg tanggungan pemiliknya terhad kpd jumlah modal yg dimilikinya saja. ~ kerjasama badan yg mengusahakan sesuatu utk kepentingan ahli-ahlinya. ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. bersyarikat 1 ada syarikatnya; bersekutu. 2 bersama-sama mengerjakan sesuatu; bersatu. men­syarikatkan 1 mengadakan se­­­­­­kutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 me­nubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. persyarikatan perbuatan atau hal bersyarikat; persatuan. pen­­­syarikatan perbuatan atau hal men­syarikatkan; penubuhan syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,

Peribahasa

113

Make not your source till you have caught the fish

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Make not your source till you have caught the fish. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
subsidiary n syarikat subsidiari: the giant corporation and its subsidiaries, syarikat raksasa dan syarikat-syarikat subsidiarinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
associatedadj bersekutu: ~ companies, syarikat- syarikat bersekutu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surfeit he film companies have ~ed us with violent films, syarikat-syarikat perfileman telah menyogok kita dgn filem-filem ganas yg banyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consortiumn combination of financial institutions, etc, konsortium: a ~ of oil companies, konsortium syarikat-syarikat minyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lose~ out to, tdk dapat menyaingi: the small firms are losing out to the big multinationals, firma-firma kecil itu tdk dapat menyaingi syarikat-syarikat multinasional yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amalgamatevt 1. combine, unite, menggabungkan, menyatukan: attempts to ~ the companies were not quite successful, usaha-usaha utk menggabungkan syarikat-syarikat itu tdk begitu berjaya; 2. combine with mercury, mengamalgamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scoop5. (colloq) secure large profit etc by swift action, memintas: we were able to ~ our competitors by making the best offer, kami berjaya memintas syarikat-syarikat pesaing kami dgn membuat tawaran terbaik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contestvi compete, a. (in business etc) bersaing: there is no way we can ~ with electronic giants like Hitachi, kita sama sekali tdk mungkin dapat bersaing dgn syarikat-syarikat gergasi elektronik spt Hitachi; b. (in competition) bertanding: six students are ~ing for the prize, enam orang pelajar bertanding utk merebut hadiah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow 1 ~ up, (usu pass.) absorb, menyerap: these small businesses are gradually being ~ed up by the large companies, perniagaan-perniagaan kecil ini perlahan-lahan telah diserap oleh syarikat-syarikat besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ /so., st /out, a. see vt (sense 2.); b. cause st close down, memaksa sst ditutup: stiff competition ~d the small companies out, persaingan yg hebat telah memaksa syarikat-syarikat kecil ditutup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas