Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shakec. give (so.) a bad shock, (act.) menyebabkan sso terkejut; (pass.) terkejut: he was ~n up by the news, dia terkejut mendengar berita itu; d. reorganize drastically, merombak: the whole department needs to be ~n up, seluruh jabatan itu perlu dirombak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
startle vt (act.) mengejutkan, menyebabkan [sso] terkejut; (pass.) terkejut: the sudden noise ~d her baby, bunyi bising yg tiba-tiba mengejutkan anaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aghastadj terkejut, tergamam: he fell on his knees, ~ at the news of the terrible carnage, dia bertelut krn terkejut mendengar berita ttg pembunuhan beramai-ramai itu; stand ~, terkejut, tergamam: the crowd stood ~ as the girl jumped off the bridge, orang ramai terkejut apabila melihat gadis itu terjun dr jambatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
startgive so. a ~, /mengejutkan, memeranjatkan/ sso, (membuat sso) /terkejut, terperanjat/: his sudden appearance from behind the bush gave me quite a ~, kemunculannya yg tiba-tiba dr balik semak itu memeranjatkan saya or membuat saya terkejut or saya terkejut apabila dia tiba-tiba muncul dr balik semak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turngive so. a ~, membuat sso terkejut:news of his death gave me quite a ~, berita kematiannya membuat saya agak terkejut; have a ~, terkejut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dismayn (rasa) terkejut: they surveyed the damage to the school with ~, mereka melihat kerosakan sekolah itu dgn rasa terkejut; fill so. with ~, /membuat, menyebabkan/ sso berasa terkejut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appalvt (act.) mengejutkan; (pass.) terkejut: the condition of the refugee camp ~led us, keadaan di khemah orang-orang pelarian itu mengejutkan kami; he was ~led by..., dia terkejut (oleh)....; it ~s so. (that), sso terkejut...: it ~led him that no one had gone to their assistance, dia terkejut krn tdk ada seorang pun yg telah pergi menolong mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start 8. make quick, involuntary movement esp from surprise, fear, etc, terkejut, terperanjat: he ~ed when he heard the shot, dia terkejut apabila mendengar tembakan itu; the horse ~ed at the sight of the snake, kuda itu terkejut apabila ternampak ular;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surprised adj terkejut, terperanjat: “weren’t you ~ to see him?”, “tidakkah kamu terkejut melihat dia?”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start9. move suddenly so as to change position, terkejut sehingga + approp v: the child ~ed up in bed with a scream of terror, kanak-kanak itu terkejut sehingga terduduk di katilnya dan menjerit ketakutan; on hearing the explosion, he ~ed to his feet, dia terkejut sehingga terpaku apabila mendengar letupan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas