Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)

363

Manners maketh man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
such~ as, ~ [n] as, a. (foll by n phr) i. like, seperti, (colloq), (se)macam: behaviour ~ as Robert’s is unacceptable, tingkah laku seperti tingkah laku Robert tdk dapat diterima; these privileges are not for ~ (people) as you and me, hak-hak istimewa ini bukan utk orang seperti kita; old houses ~ as mine are sometimes a burden, rumah-rumah tua semacam rumah saya kadang-kadang menjadi beban;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
p’s and q’sn perangai, tingkah laku: in such company, you have to mind your ~, di kalangan orang-orang begitu, kamu mesti menjaga tingkah lakumu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deviantadj 1. (of behaviour) melencong, menyimpang; 2. (of person) tingkah lakunya /melencong, menyimpang/: ~ sects, sekta yg tingkah lakunya melencong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behaviour, (US) behaviorn 1. manner of conducting os, kelakuan, tingkah laku; (towards so.) kelakuan: his ~ at the party was disgraceful, kelakuannya di majlis itu memalukan; good ~, kelakuan baik; be on o’s best ~, berkelakuan baik; 2. (psychol) tingkah laku; 3. action, reaction of st under given circumstances, a. (of chemical substance, metal, etc) tindakan; b. (of machine etc) perjalanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behaviouraladj tingkah laku, kelakuan: ~ similarities, persamaan kelakuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vagaryn ragam, tingkah: it is difficult to follow the vagaries of his mind, memang sukar hendak mengikuti ragam fikirannya; the vagaries of fortune, ragam nasib.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behaviour therapyn terapi tingkah laku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behavioural sciencen sains tingkah laku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
charmingadj menawan: ~ manners, tingkah laku yg menawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aberrantadj menyimpang (drpd kebiasaan): ~ behaviour, tingkah laku yg menyimpang (drpd kebiasaan).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas