Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
selayan para di atas dapurSelayan tungan naguhkayu.Para di atas dapur tempat menyimpan kayu.budayaBajau
patar tanah rata di atas bukitIyo muat rumah ta patar belud.Dia membina rumah di tanah rata di atas bukit.keadaan benda dan permukaanBajau
pejongket naik ke atas setelah hujung dipijak/ terjongketAi pejongket io ole' dik ni boi nindak entorong besi a.Dia terjongket apabila adiknya memijak hujung besi itu.keadaan benda dan permukaanBajau
kanjit kain dililit di atas kepalaKanjit ni olos pute.Kain pembalut kepalanya drpd kain putih.budayaBajau
pengaw katilGai turi jata pengaw.Mereka tidur di atas katil.budayaBajau
pelambung melambungAdik nei pelambung pejata.Adiknya melambung ke atas.keadaan benda dan permukaanBajau
numpang menyediakan nasi yg ditutup dgn mangkukNumpang buas tinagu diom talam.Nasi tumpang disimpan di atas talam.budayaBajau
bebalu/balu balu sejenis irama paluan gong semasa ada org besar meninggal duniaGai bebalu jata usungan ngabut engkubur.Mereka memainkan irama di atas usungan sehingga ke tanah perkuburan.budayaBajau

Kembali ke atas