Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na/] | اينق

Definisi : (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na/] | اينق

Definisi : /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak

Puisi
 

Anak kodok di atas papan,
     Mati dipatuk si ular sawa;
Enak sungguh mimpikan tuan,
     Serasa menjenguk pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
bikang adunan tepung cair yg digoreng tanpa minyak (spt kuih ketayap)Bikang alap kinakan sambil nginum kupi.Kuih ketayap enak dimakan sambil minum kopi.makanan dan minumanBajau
ambuyatampuyattepung sagu yg diproses/dimasak sehingga kentalAmbuyat alap kinakan makai loo’ daeng.Tepung sagu yang dimasak enak dimakan bersama kuah ikan..makanan dan minumanBajau

Kembali ke atas