Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
belitang penahan tanah dapurBelitang ni kayu belian.Kayu penahan tanah dapurnya kayu belian.budayaBajau
tugal kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah (membuat lubang; tempat dimasukkan benih)Tugal alap makai kayu keros.Kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah sebaiknya kayu keras.budayaBajau
taa’ panjangKayu aa taa’.Kayu itu panjang.keadaan benda dan permukaanBajau
beramu mencari kayu-kayan utk dibuat rumahKekuapan beramu memia kayu cantas.Seharian mencari kayu yang lurus.budayaBajau
sepak keadaan kayu yg seumpama dicantas hujungnyaTekook kayu rai senepakkan dekiit untuk tung ngelontok.Hujung kayu itu (disepak) utk tempat melantak.keadaan benda dan permukaanBajau
mangkar menghanyutkan kayu atau buluh yg bersusun di sungaiAmun mangkar kayu nia no kepayahan maba.Andainya menghanyutkan kayu di sungai tidak lagi penat mengangkatnya.budayaBajau
radu bajak (alat membajak)Radu ni kayu kembioton.Bajaknya drpd kayu tembusu.budayaBajau
boo bahuBoo ni pedih ngangkat kayu.Bahunya sakit kerana mengangkat kayu.anggota tubuh badanBajau
mapaw proses membuat arang kayuMapaw kembioton endo tahan boro api ni.Membuat arang dr kayu tembusu supaya tahan bara api.budayaBajau
tanok ubi kayu direbus dan dilenyek bersama-sama gula dan kelapa parutTanok kesina ngerati pan ni ginuring.Ubi kayu direbus dan dilenyek bersama-sama gula dan kelapa parut boleh juga digoreng.makanan dan minumanBajau
12

Kembali ke atas