Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerak­kan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk men­cairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicin­kan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak ber­warna perang dan mudah terbakar yg dieks­trak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau meng­goreng makanan; ~ mentah minyak yg dilom­bong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melan­carkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tum­buhan spt bunga, daun atau kayu, dan diguna­kan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan di­gunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekece­waan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membu­buh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombo­ngannya dll); sakramen ~ Id sj upacara ber­sembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Minyak licin sebelah pangkin,
     Jikalau mandi dicuci jangan;
Kalau mahu hidup miskin,
     Jikalau jadi menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
langir melumuri rambut dgn sejenis minyakLo langir bai jo mandi.Dia melumuri rambut dgn minyak selepas mandi.budayaBajau
lobok memasak lauk tanpa menggunakan minyakDieng bagal alap ni lobok.Ikan besar sedap dimasak tanpa menggunakan minyak.makanan dan minumanBajau
buas kenuar nasi goreng tanpa minyakBuas kenuar alap kenakan.Nasi goreng sedap dimakan.makanan dan minumanBajau
bikang adunan tepung cair yg digoreng tanpa minyak (spt kuih ketayap)Bikang alap kinakan sambil nginum kupi.Kuih ketayap enak dimakan sambil minum kopi.makanan dan minumanBajau
tompe adunan tepung kental dicanai dan digoreng tanpa minyakTompe keroi tahan tinagu lambat bayi.Adunan tepung kental yg dicanai tahan lama disimpan.makanan dan minumanBajau
penetad tepung beras digaul dgn gula dan kelapa parut digoreng tanpa minyakDedaau penetad pebaun lamak.Masa dahulu penetad menjadi bekalan mengembara.makanan dan minumanBajau
begahang rahangPedi begahang mapa gangum milanggang.Sakit rahang memamah jagung digoreng tanpa minyak.anggota tubuh badanBajau

Kembali ke atas