[mu.sim] | موسيم
Definisi : 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negerinegeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kirakira setahun (dr musim tertentu hingga kembali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musimnya; belum ~ belum sampai musim atau masanya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) tertentu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mu.sim] | موسيم
Definisi : 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)