Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(277)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
nimung mencari lokanEko timung tekole nei.Banyak lokan dia dapat.pekerjaanBajau
mengkuaya gotong-royongSegaah mengkuaya mersian kawasan rumah ee.Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan rumah itu.pekerjaanBajau
ngerambat menangkap udang (jala)Amun boea soon io ngerambat siar.Apabila air pasang dia menjala udang.pekerjaanBajau
ngelambou menangkap ikan dgn cara memerangkap menggunakan jarringSegaah ngogo delout ngedok daing.Mereka ke laut menangkap ikan.pekerjaanBajau
ngadai Menjual barangan runcitKadai ee benuka untuk ngadai barang-barang runcit.Kedai itu dibuka utk menjual barangan runcit.pekerjaanBajau
bejaul kaedah menangkap ikan di laut menggunakan mata kailLo ngrgo delout ngedokop daing.Dia ke laut utk menangkap ikan.pekerjaanBajau
ngerooi kaedah menangkap ikan di laut menggunakan mata kailNgedokop deing yo makai ngerooiDia menangkap ikan dengan kaedah menggunakan mata kailpekerjaanBajau
madak kaedah menangkap udang kecil dgn cara menarikLo ngedokop siar diki untuk umpon besi.Dia menangkap udang kecil utk dijadikan umpan.pekerjaanBajau

Kembali ke atas