Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
sekot dekatSekot atawa teo somojo kerana betiu ruun telepon.Dekat atau jauh sama saja, kerana sekarang ini ada telefon.keadaan benda dan permukaanBajau

Kembali ke atas