Definisi : bertebang sudah dipotong (pokok kayu dll); menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; ~ tebas = ~ menebas memotong segala jenis pokok utk bercucuk tanam dll; hendak ~ merebahkan, hendak mencencang memutuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yg lain; tebangan 1. hasil drpd menebang; 2. apa yg ditebang; 3. cara menebang; penebangan 1. perihal menebang; 2. tempat menebang (pokok kayu); penebang 1. alat utk menebang (spt kapak, beliung, dll); 2. orang yg (kerjanya) menebang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)