| Dadaism | dadaisme | Kesenian | Tiada | Pergerakan dalam sejarah seni moden di Eropah dari 1915 hingga 1922, yang antiseni. |
| vorticism | vortisisme | Kesenian | Tiada | Pergerakan seni lukis abstrak di England pada 1912-1915, yang melibatkan pengaruh Kubisme dan Futurisme. |
| guimpe dress | pakaian guimp | Kesenian | Tiada | Pakaian jumper berleher jeluk tanpa lengan yang dipadankan dengan blaus berlengan pendek dan bertrimin bahagian hadapan. Pakaian wanita tahun 1880-an hingga 1915. |
| vorticism | vortisisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan dalam seni kesusasteraan yang bermula abad 1912 oleh pelukis dan penulis Wyndham Lewis. Mengeluarkan majalah Blast: The Review of the Great English Vortex, yang dikeluarkan sekali atau dua kali dalam tahun 1914 - 1915. |
| post office forms stamp | setem borang pejabat pos | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dicetak dengan menggunakan borang pejabat pos yang tulisannya dapat dikesan pada belakang setem contohnya setem yang dikeluarkan oleh kerajaan Oaxaca semasa perang saudara Mexico pada tahun 1915. |
| program symphony | simfoni program | Muzik | Tiada | Muzik program yang mengandungi empat gerakan. Contohnya, Symphonie Fantastique, Op. 14 (1830) oleh Berlioz, Faust Symphony (1854) oleh Liszt dan Eine Alpensinfonie (1915) oleh Richard Strauss. |
| ABO blood group system | sistem kumpulan darah ABO | Sains Forensik | Tiada | Sistem kumpulan darah manusia yang berdasarkan ada atau tidak adanya antigen A atau B pada permukaan sel darah merah. Sistem ini mengkategorikan kumpulan darah manusia kepada empat jenis darah utama, iaitu A, B, AB dan O. Kumpulan darah ABO menjadi bukti genetik pertama yang digunakan di mahkamah pada tahun 1915 di Itali. |
| archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang di |