| (4, 4-dihydroxy diphenyl propane | 4, 4-dihidroksi difenil propana | Kejuruteraan | Polimer | Lih. bisfenol A. |
| T-4 | T-4 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-4 bermaksud talian jauh paras 4. T-4 ialah suatu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 274.176 Mbps dan mempunyai 4032 saluran suara dan data. Kelajuan T-4 ialah 168 kali ganda kelajuan T-1. T-4 menggunakan sistem penghantaran kabel sepaksi , optik gentian atau gelombang mikro. T-4 hanya digunakan dalam rangkaian tulang belakang pembawa dan tidak disediakan untuk pengguna biasa. |
| T-4 | T-4 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-4 bermaksud talian jauh paras 4 . T-4 ialah suatu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 74176Mbps dan mempunyai 4032 saluran suara. |
| bisphenol A | bisfenol A | Perubatan | Tiada | Sebatian 4, 4 bisfenol, digunakan dalam pengeluaran resin epoksi dan polikarbonat dan fungisid. |
| Richardson-Zaki equation | persamaan Richardson-Zaki | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menghubungkan halaju superfisial bendalir dengan halaju terminal bagi pengaliran yang melewati sfera di dalam turus sebagai ue/ut = en, dan eksponen n di korelasikan dengan nombor Reynolds sebagai Re = D ut r/m, seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah. Re n <0.2 4.65 + 20 Dp/D 0.2 � 1.0 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.5 1 � 200 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.1 200 � 500 4.4 Re-0.1 > 500 4.4 dengan Re = nombor Reynolds, ue = halaju superfisial, ut = halaju terminal, e = keronggaan, r = ketumpatan, m = kelikatan, D = garis pusat turus, Dp = garis pusat zarah. |
| bar | bar | Muzik | Tiada | Unit pembahagian muzik mengikut meter. Contohnya, dalam meter 4/4, iaitu empat krocet membentuk setiap bar dan meter 6/8, iaitu enam kuaver membentuk setiap bar. |
| thiopanate | tiofanat | Biologi | Patologi | Nama am fungisid sistemik perumusan abuk yang berspektrum luas dengan nama kimianya dimetil (atau etil)-4,4-fenillenebis-(3-ditiofanat). |
| first-division segregation | pengasingan pembahagian pertama | Biologi | Genetik | Merujuk kepada analisis tetrad apabila berlakunya pengasingan alel semasa pembahagian pertama meiosis dan menghasilkan corak askus 4:4. |
| dichlorophenoxyacetic acid, 2,4-(2,4-D) | asid 2,4- diklorofenoksias etik | Kejuruteraan | Tiada | Herbisid yang memusnahkan rumpai kerana menyamai hormon pertumbuhan dan menyebabkan pertumbuhan yang lebih cepat daripada yang dapat disokong oleh bekalan oksigen, lembapan dan sumber makanan. |
| swing | swing | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang wujud pada tahun 1930. Swing bercirikan unsur big band dan jazz, bermeter 4/4 dan triplet menghasil-kan corak ritma ayunan. Muzik jenis ini berdasarkan lagu popular, blues atau secara improvisasi. |