| 404 error | ralat 404 | Teknologi Maklumat | Tiada | Mesej ralat yang biasanya dipaparkan apabila pelayar web tidak boleh mencari laman web atau skrip antara muka get laluan sepunya(CGI). Tidak ada satupun perisian yang dapat mencari secara automatik alamat baru bagi pautan yang hilang atau tidak wujud lagi. Pentadbir web boleh juga menggantikan mesej 404 ini dengan satu mesej yang lebih difahami. Lihat juga ralat 500, pautan reput |
| moved to Atlanta | berpindah ke Atlanta | Teknologi Maklumat | Tiada | Slanga untuk ralat 404. Ralat ini dinamakan sedemikian kerana kod telefon kawasan bagi Atlanta, Georgia ialah 404. Lihat juga ralat 404 |
| link checker | penyemak pautan | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang menentukan pautan ke laman web dituding ke dokumen yang sah. Perisian ini akan menjana laporan yang menunjukkan hiperpautan luaran dan dalaman yang tidak lagi berfungsi. Lihat juga pautan reput, ralat 404, hiper-G |

| link rot | pautan reput | Teknologi Maklumat | Tiada | Merujuk kepada pautan dan tanda buku hiperteks yang menuding ke laman web yang sudah dipindahkan atau sudah tiada. Lebih banyak web yang matang, lebih banyaklah pautan reput. Sinonim pautan putus Lihat juga ralat 404, ketekal |
| 500 error | ralat 500 | Teknologi Maklumat | Tiada | Mesej ralat pelayan web yang dihantar kepada pelayar apabila pelayan tidak dapat meneruskan pelaksanaan kod di dalam sesuatu skrip. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa sebab, antaranya kerana terdapat pepijat dalam kod, pemboleh ubah tidak ditemui atau sumber yang tidak dibenarkan. Lihat juga ralat 404 |