| frequency table | jadual kekerapan | Matematik | Tiada | Jadual yang menunjukkan kekerapan-kekerapan yang terhasil daripada seset data. Contoh: markah ujian Matematik bagi satu kelas Tingkatan V yang mengandungi 28 orang murid ialah 70, 55, 85, 40, 55, 60, 75, 75, 45, 50, 84, 80, 70, 42, 78, 58, 40, 44, 54, 58, 68, 64, 72, 68, 62, 52, 55, dan 50. |
| high-rank graywacke | graiwak darjat tinggi | Geologi | Tiada | Batu pasir yang mengandung kurang daripada 75% kuarza dan rijang dan 15-75% matriks lempung gersik, dan mempunyai butiran-butiran feldsfar yang lebih banyak berbanding dengan serpihan batuan. |
| remainder | baki | Matematik | Tiada | Nombor yang tertinggal apabila satu nombor dibahagikan dengan satu nombor yang lain. Misalnya, 75 dibahagi dengan 9 menghasilkan 8 dengan baki 3 (9 x 8 = 72; 75 - 72 = 3). |
| infrared | inframerah | Kimia | Tiada | Sinaran elektromagnet yang panjang gelombangnya terletak di antara sinaran nampak dengan gelombang radio, iaitu dari 730 nm hingga 1 mm. Sinaran ini terbahagi kepada inframerah dekat (730 nm – 75 μm) dan in-framerah jauh (> 75 μm). Sinaran ini dipancarkan oleh jasad panas melalui pergerakan getaran atau putaran molekul. |
| old-old | tua-matang | Gerontologi | Tiada | Individu yang berumur 75 tahun dan ke atas. |
| noctilucent cloud | awan malam | Sains | Hidrometeorologi | Awan yang tidak diketahui gabungannya yang terdapat sangat tinggi. Pengukuran fotometri mendapati bahawa awan ini terletak antara 75 � 90 km. Awan ini menyerupai sirus nipis tetapi biasanya berwarna kebiruan atau keperakan, walaupun kadang kala berwarna jingga kemerahan, dan jelas kelihatan berlatarbelakangkan langit malam yang gelap. Awan ini sangat jarang kelihatan dan jika kelihatan, hanya pada waktu senja, tertutamanya apabila matahari berada antara 5�C � 13�C di bawah ufuk. Awan ini hanya pernah dicerap dalam bulan musim panas di kedua-dua hemisfera (antara latitud 50 � 75� U dan 40 � 60�S), dan hanya di setengah bahagian jalur latitud ini. Awan ini bergerak dengan cepat, umumnya dari timur laut atau timur dengan kelajuan umumnya berjulat antara 50 � 250 meter per saat. |
| new ball | bola baru | Sukan | Tiada | Bola yang ditukar selepas 75 over. |
| transfer RNA (tRNA) | RNA pemindah | Bioteknologi | Tiada | RNA yang mempunyai 75-90 nukleotida yang membawa asid amino khusus kepada kodon yang betul pada mRNA semasa sintesis protein. Semua molekul tRNA mempunyai dua ciri. Ciri yang pertama ialah terdapatnya jujukan hujung pCpCpA yang menjadi pengikat secara kovalen bagi asid amino pada hujung molekul 3’. Ciri yang kedua ialah terdapatnya tiga nukleotida dalam setiap gelung yang terdiri daripada antikodon yang berkomplemen dengan kodon khusus yang mengekod asid amino tertentu. |
| vitric | vitrik | Geologi | Tiada | Berhubung dengan bahan piroklas yang mengandung lebih daripada 75 peratus kaca. |
| rhenium | renium | Kejuruteraan | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan manganes, renium, teknetium.Bernombor atom 75 dan bersimbol Re. |