Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Aktiviti Dibenarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traditional use zonezon penggunaan tradisiPerikananTiadaKawasan pesisir pantai yang hanya dibenarkan untuk aktiviti penangkapan ikan dengan peralatan menangkap ikan tradisi. Kebenaran untuk beroperasi dalam zon ini diberikan kepada orang tempatan sebagai pertukaran untuk menjaga dan mengurus kawasan tersebut. Contohnya, kawasan laut yang kurang daripada 5 batu nautika dari pantai hanya dibenarkan untuk aktiviti perikanan tradisi dengan menggunakan peralatan tradisi seperti pancing, pukat tarik pantai, pukat hanyut, bubu dan kelong.
exclusive fishing zonezon penangkapan eksklusifPerikananTiadaKawasan tertentu di laut yang dibenarkan untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan. Kawasan ini termaktub dalam peraturan atau undang-undang negara yang berkaitan. Contohnya, kawasan untuk penangkapan ikan oleh nelayan tradisional ialah 5 batu nautika dari pantai.
use of buildingguna bangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Jenis aktiviti semasa yang dijalankan dalam sesebuah bangunan.(2) Jenis aktiviti yang telah dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut kelas kegunaan bangunan.
signature analysisanalisis tandatanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAnalisis pemadanan pola, corak data atau aktiviti pengguna, proses atau maklumat untuk mengesan persamaan antara pola, corak data atau aktiviti pengguna yang disimpan dalam sebuah sistem keselamatan. Analisis ini digunakan oleh perisian keselamatan terautomasi untuk membantu membezakan antara data atau aktiviti yang tidak diingini dengan data atau aktiviti yang dibenarkan. Contohnya, perisian antivirus menggunakan analisis tandatangan untuk mengecam virus dan perisian pengesan pencerobohan (IDS) menggunakan analisis tandatangan untuk mengesan pencerobohan oleh pengguna hasad.
reinforcement activityaktiviti peneguhanPendidikanTiada

 Aktiviti yang digemari dan dibenarkan kepada pelajar sebagai ganjaran untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

pawn frequencykekerapan gadaianEkonomiEkonomi IslamAktiviti penggadaian yang dilakukan berulang kali. Tindakan ini dibenarkan untuk memenuhi keperluan kewangan penggadai dan tertakluk kepada syarat tertentu seperti jumlah pinjaman harian dan jumlah hutang terkumpul. Contohnya, seorang penggadai boleh menggadai barangan berulang kali tetapi nilainya tidak melebihi RM500 sehari atau jumlah hutang terkumpul tidak melebihi RM25, 000.
incestsumbang mahramPerubatanTiadaPerlakuan aktiviti seksual antara dua individu yang mempunyai pertalian saudara, yang tidak dibenarkan berkahwin berdasarkan agama atau undang-undang.
robin hood syndromesindrom robin hoodTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik pengguna individu adalah salah. Sebaliknya, aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik organisasi besar adalah dibenarkan.
banned bookbuku haramPerpustakaanTiadaPenerbitan yang telah ditapis dan tidak dibenarkan peredaran disebabkan kandungannya, dan aktiviti pengarangnya, selalunya berkaitan dengan dasar patriotik, moral, atau keagamaan.
banned editionedisi haramPerpustakaanTiadaEdidi yang ditapis dan tidak dibenarkan peredarannya oleh kerajaan,institusi, atau organisasi keagamaan disebabkan kandungannya, kepercayaan dan aktiviti pengarangnya, selalunya berkaitan dengan dasar patriotik, moral, atau keagamaan.
12

Kembali ke atas