| bios | bios | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| BIOS | BIOS | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat Sistem Input/Output Asas |
| basic input/output system (BIOS) | sistem input/output asas (BIOS) | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang terkod pada cip ROM dalam PC untuk mengendalikan semua fungsi input/output. Kedudukan sistem pengendalian dan atur cara aplikasi akan mencapai rutin BIOS secara terus untuk memberi keserasian yang lebih kepada fungsi paparan skrin. |
| BIOS (basic input/output system) | BIOS (sistem input/output asas) | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang tersimpan pada cip ROM dalam PC untuk mengendalikan semua fungsi input/output. |
| VBE (VESA BIOS extension) | VBE (perluasan BIOS VESA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu piawai VGA VESA untuk menyiasat kebolehan penyuai grafik. Ia membenarkan pembangun perisian menulis pemacu sejagat untuk semua kad VGA yang menepati VBE. |
| boot-up | but | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses untuk menghidupkan komputer. Biasanya pengguna hanya menekan suatu butang suis untuk memulakan proses pengebutan ini. Semasa proses ini, program yang terbenam dalam ROM (BIOS) pemproses dijalankan, kemudian beberapa siri ujian ke atas komputer dan peranti komputer dilakukan, dan seterusnya memulakan perlaksanaan sistem pengendalian. Tempoh proses pengebutan ini bergantung kepada jenis komputer (kelajuan pemproses) serta sistem pengendalian yang digunakan. |
| Read Only Memory (ROM) | Ingatan Baca Sahaja (ROM) | Teknologi Maklumat | Tiada | Ingatan yang kandungannya (data atau program) tidak boleh hilang walaupun tiada bekalan kuasa elektrik tetapi boleh dibaca berkali-kali. Bagaimanapun mod capaian ROM masih berbentuk capaian rawak. Semua atur cara yang digunakan semasa mengebut komputer (contohnya BIOS) di simpan dalam ROM. Juga dikenali sebagai perisian tegar. |