| coplanar | sesatah | Kejuruteraan | Tiada | Berkaitan dengan keadaan berada di atas satu satah yang sama. |
| internal gearing | penggearan dalam | Mekanik | Gunaan | Proses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu. |
| excited state | keadaan teruja | Kimia | Tiada | Keadaan elektron sesuatu atom atau molekul yang menyerap tenaga dan berada di dalam orbital baru yang bertenaga lebih tinggi. Perbezaan tenaga antara keadaan teruja dengan keadaan asas di sebut tenaga pengujaan. Keadaan teruja biasanya berlaku apabila atom membentuk sebatian atau ion kompleks. Misalnya, konfigurasi elektron karbon dalam keadaan teruja ialah 1s22s12p3, iaitu apabila satu elektron dalam orbital 2s teruja ke orbital 2p yang kosong. |
| least energy principle | prinsip tenaga terkecil | Kejuruteraan | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu sistem berada dalam keadaan keseimbangan stabil hanya di bawah keadaan-keadaan apabila tenaga upayanya adalah minimum. |
| retrograde precession | liukan songsang | Mekanik | Gunaan | Putaran Jasad tegar di ruang yang boleh diwakili oleh kerucut jasad yang berguling pada kerucut ruang yang tetap, dengan sentuhan berlaku dalam keadaan kerucut jasad berada di dalam kerucut ruang ataupun kerucut ruang berada di dalam kerucut jasad. Liukan songsang berlaku dalam keadaan momen sifatekun I0 di sekitar paksi mejam lebih rendah daripada momen sifatekun I di sekitar paksi-paksi yang serejang dengan paksi mejam, iaitu I0< I. Dalam keadaan liukan songsang, halaju egah dan hajalu mejam mempunyai tanda yang berlawanan. Lihat juga liukan. |
| gas cap | tukup gas | Kejuruteraan | Petroleum | Fasa gas bebas dalam sebuah reserbor yang berada dalam keadaan seimbang dengan cecair yang berada di sebelah bawahnya. Lapisan gas ini berbentuk akibat daripada proses pemisahan graviti antara minyak atau air dengan gas tersebut. |
| anemia | anemia | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila hemoglobin darah berada di bawah paras normal. |
| hitch-kick | gaya kayuh | Sukan | Tiada | Keadaan kaki semasa berada di udara ketika melakukan acara lompat kijang atau lompat jauh sebelum masuk fasa mendarat. |
| remote audience | khalayak terpencil | Komunikasi | Korporat | Khalayak yang mendapat maklumat melalui penggunaan perantara elektronik. Jenis khalayak ini berada jauh daripada sumber maklumat atau berada di luar kawasan sumber maklumat seperti stesen radio atau televisyen utama, atau sumber elektronik lain seperti Internet, dalam keadaan berlompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok petani, pelajar, atau peserta pendidikan jarak jauh. Khalayak terpencil juga boleh terdiri daripada kelompok tidak dikenal pasti tetapi masih terdedah kepada maklumat tersebut. Penentuan kedudukan khalayak terpencil bertujuan untuk membolehkan khalayak yang berada di luar lingkungan sumber maklumat ini berpeluang untuk berhubung secara langsung bagi mendapatkan dan berkongsi maklumat. |
| community relations | perhubungan kemasyarakatan | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kemp |