Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bunga merah

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(390)
Peribahasa

Bunga raya kembang pagi.

Bermaksud :

Muka yang merah padam kerana terlalu marah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbutusarbutusPentadbiran PerniagaanTiadaGenus tumbuhan renik yang sentiasa hijau daripada Eropah Selatan dan Amerika Utara yang mengandungi biji beri berwarna merah menyala dan bunga merah jambu.
value contrastbandingan nilaiLandskapTiadaPerbezaan antara dua atau lebih darjah kecerahan sesuatu warna dalam menentukan beberapa jenis warna, tumbuhan atau bunga yang berlainan warna dalam gubahan landskap. Contohnya, warna merah, merah hati, merah saga, merah jambu dan merah muda.
Brucea amarissimaLada pahitPertanianTiadaTumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan.
enclosed rhymerima berpelukKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah.
carnationredmerah bunga telukiKomunikasi MassaTiadaTiada
carnation (Dianthus spp.)merah teluki), warna kulitKesenianTiadaWarna merah bunga teluki.
Hibiscus rosa-sinensisbunga raya merahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap.
anthocyaninantosianinHerbaPemiawaianSebatian organik polifenol dalam subkumpulan flavanoid. Antosianin biasanya terdapat dalam tisu tumbuhan seperti bunga, buah atau daun. Antosianin memberikan pigmen berwarna merah, merah-kebiruan dan biru serta larut dalam air. Kehadiran asid atau alkali akan mempengaruhi warna antosianin. Warna yang berbeza disebabkan oleh kedudukan dan bilangan kumpulan hidroksi yang berbeza. Contohnya, pelargonidin memberikan warna merah, sianidin berwarna merah lembayung dan delfinidin yang berwarna biru kemerahan. Contoh buah yang mempunyai kandungan antosianin yang tinggi ialah delima (Punica granatum).
dominant impressionkesan utamaKesusasteraanPuisiKesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman!
anthocyanidinantosianidinPentadbiran PerniagaanTiada1. Mana-mana kelas pigmen glikosid larut yang menyebabkan warna biru atau merah daun, bunga dan bahagian lain pada tumbuhan.
12345

Kembali ke atas