Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Diperbaharui


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural capitalmodal sumber asliAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarStok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik.
variable renewable energy (VRE)tenaga boleh diperbaharui tak tetap (VRE)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusSumber tenaga boleh diperbaharui yang terhad mengikut fenomena semula jadi seperti tenaga suria dan tenaga angin.
renewable resourcesumber boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim.
Renewable Energy Certificates (RECs)Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECs)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarDokumen pengesahan yang menyatakan sesuatu organisasi atau syarikat telah menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
bark damagekerosakan kulitPertanianAgronomi

Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali.

renewable energytenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro.
renewable feedstockstok suapan boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan mentah daripada sumber semula jadi yang boleh diganti semula dalam tempoh tertentu. Contohnya, minyak sawit sebagai bahan suapan untuk menghasilkan biodiesel.
replennishablesumber boleh diganti; sumber boleh diperbaharuiGeografiTiadaTiada
renewable energy consumptionpenggunaan tenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar.
solar powerkuasa suriaKesenianSeni BinaTenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan
1234

Kembali ke atas