Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dunia Ketiga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Third WorldDunia KetigaGeografiTiadaTiada
Third WorldDunia KetigaPentadbiranTiadaTiada
Newly Industrialised Countries (NICS)Negara-Negara Industri BaruSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah ini mula digunakan oleh ahli sains sosial sejak tahun 1970-an apabila munculnya beberapa buah negara Dunia Ketiga yang dinamik, mengamalkan demokrasi, politik yang stabil, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai keadaan sosial yang lebih baik berbanding negara Dunia Ketiga lain. Pertumbuhan pesat ekonomi negara ini adalah akibat daripada polisi pasaran bebas dan pertukaran ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara negara NIC ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, India, Argentina, Brazil, Turki dan Afrika Selatan. Sinonim NICS.
cosmopolitan writingpenulisan kosmopolitanKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya b
black arts movementgerakan seni kulit hitamKesusasteraanTiadaGerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga.
imperfect rhymerima sumbingKesusasteraanPuisiRima tak sempurna, bunyi vokalnya sama ataupun hampir sama, bagaimanapun bunyi huruf konsonan yang terletak sebelumnya berbeza. Contohnya, pada rima akhir baris pertama dan ketiga dalam syair di bawah. Karangan ini suatu madah, Mengarangkan syair tempat berpindah, Di dalam dunia janganlah tamak, Di dalam kubur berkhalwat sudah.
Law of The Sea ConventionKonvensyen Undang-Undang LautSains PolitikHubungan AntarabangsaKonvensyen yang pertama kali ditandatangani pada tahun 1958 dalam usaha komuniti antarabangsa menyelaraskan undang-undang laut antarabangsa bagi menyelesaikan perbezaan tuntutan bidang kuasa terhadap kawasan lautan antara negara dunia. Undang-undang laut ini ditandatangani kali kedua pada tahun 1960 untuk menyelesaikan tuntutan lain yang timbul seperti hak penangkapan ikan. Pada bulan Disember 1982, undang-undang tersebut ditandatangani buat kali ketiga. Undang-undang ini merangkumi semua aspek dalam hak dan penggunaan lautan sebagaimana yang termaktub dalam sejumlah 320 artikelnya. Artikel tersebut termasuklah hak penggunaan perkapalan antarabangsa untuk melalui perairan selat. Undang-undang ini juga memperuntukkan zon eksklusif ekonomi seluas 200 batu nautika bagi negara tepi pantai dalam menentukan aktiviti penggunaan sumber alam, penyelidikan saintifik dan perikanan. Peruntukan juga dibuat dalam konvensyen ini untuk mewajibkan sebarang perselisihan yang tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, disera
hindbrainotak belakangPsikologiPsikologi UmumBahagian otak yang terletak selepas korda spina dan berakhir hingga ke sempadan otak tengah. Bahagian ini mempunyai implikasi yang besar terhadap psikologi manusia. Beberapa aktiviti penting untuk kehidupan dikawal oleh bahagian ini seperti kawalan kadar jantung, pernafasan, penelanan dan seumpamanya, iaitu yang dikawal oleh bahagian medula. Sekiranya kawasan ini terkena hentakan yang kuat, individu berkenaan boleh meninggal dunia. Serebelum, iaitu bahagian ketiga daripada otak belakang pula mengawal gerakan seperti mengatur dan mengawal postur, tona otot dan kordinasinya. Bahagian ini juga dikaitkan dengan ingatan tentang kordinasi dan tabiat.
Amnesty InternationalAmnesti AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarab

Kembali ke atas