| circuti diagram | gambar rajah litar | Teknik | Elektrik | Gambar rajah yang menunjukkan rangkaian kesemua komponen dalam sesuatu litar elektrik, seperti dawai, motor, dan penyentuh, dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Ada pelbagai gambar rajah litar termasuk gambar rajah pendawaian, gambar rajah utama, gambar rajah kawalan, dan gambar rajah skema. |
| master plan | rancangan induk | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sebuah rancangan strategik yang menyeluruh untuk sesuatu kawasan yang menunjukkan zon guna tanah dan jalan perhubungan utama dan biasanya berbentuk laporan bertulis dibantu dengan gambar rajah utama. |
| layout drawing | lukisan bentangan | Teknik | Elektrik | 1. Gambar rajah daripada pandangan atas keseluruhan atau sebahagian daripada bangunan yang menunjukkan kedudukan peranti, alat tambah, dan larian kabel atau pembuluh. 2. Gambar rajah elektrik bagi sesatu peralatan elektrik, contohnya papan suis utama. Gambar rajah ini menunjukkan perubahan antara beberapa bahagian/unit/peranti tetapi tidak ditumpukan dengan jelas (menggambarkan semua pangkalan/dawai yang terlibat) 3. Gambar rajah susunan kedudukan komponen-komponen elektronik pada papan tercetak atau papan jalur, atau papan ulir tanpa sebarang sambungan litar. |
| zero level diagram | gambar rajah aras sifar | Teknologi Maklumat | Tiada | Gambar rajah konteks dalam gambar rajah aliran data yang menunjukkan proses utama dalam sistem. |
| dwarf star | bintang kerdil | Matematik | Tiada | Mana-mana bintang yang berada dalam jujukan utama gambar rajah Hertgsprung-Russell. |
| current rose | mawar arus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gambar rajah yang menunjukkan peratus purata arus untuk setiap arah kompas utama bagi sesuatu kawasan lautan. Taburan hanyut juga kadang-kadang ditunjukkan di dalam gambar rajah ini. Lihat Lampiran. |
| abnormal stars | bintang tak normal | Matematik | Tiada | Bintang yang tidak termasuk ke dalam mana-mana pengelasan spektrum yang diakui. Sesetengah pengarang merujuknya sebagai apa-apa bintang yang tidak disenaraikan dalam jujukan utama gambar rajah Russell. |
| flowchart | carta aliran | Matematik | Tiada | Gambar rajah yang menunjukkan langkah utama dalam sesuatu sistem untuk pentakrifan, penganalisisan, atau penyelesaian pemprosesan data atau sesuatu masalah. Simbol digunakan untuk mewakili komponen, seperti operasi, aliran data atau bahan, dan garis beranak panah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara komponen-komponen tersebut. |
| main sequence | jujukan utama | Matematik | Tiada | Jalur di dalam gambar rajah luminosit yang mengandungi sebahagian besar bintang yang tenaganya diperoleh daripada pembakaran teras hidrogen yang menjadi helium. |
| turnoff point | titik lepas | Matematik | Tiada | Titik di dalam gambar rajah Hertzsprung-Russell yang mengenai gugusan geglob ataupun terserak tempat bintang meninggalkan jujukan utama dan memasuki fasa yang lebih terevolusi. |