| governance system | sistem governans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| governance | tadbir urus | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia. |
| governance | kepemerintahan/tadbir urus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
| governance system | sistem governans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| governance | Kepemerintahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat pemerintahan sesebuah negara atau pertubuhan tertentu yang bersifat terpusat, terbuka, terkawaI, Ionggar, red tape (sarat dengan birokrasi) atau terpencar. Pembentukan sifat ini ditentukan oleh kerajaan yang memerintah dan perubahan kerajaan boleh membawa kepada bentuk kepemerintahan yang berbeza. Contohnya, sifat kepemerintahan Singapura selalu disebut bersifat negara �polis� memandangkan peraturan ketat dan kawalan yang rapi dilaksanakan oleh pemerintahnya. Sinonim tadbir urus. |
| governance | tadbir urus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat kepemerintahan. |
| governance | tadbir urus | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
| e-governance | e-tadbir urus | Teknologi Maklumat | Tiada | Perihal pentadbiran kerajaan melalui internet. |
| corporate governance | tadbir urus korporat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pendekatan, mekanisma, kaedah atau corak pengurusan yang efektif berpandukan kepada piawaian, peraturan dan undang-undang yang mampu mempertingkatkan kecekapan organisasi ke tahap yang lebih maksimum. Tadbir urus korporat menitikberatkan isu pengelakan rasuah, ketelusan, nilai dan etika, peningkatan dan penambahbaikan kualiti, peningkatan prestasi, daya tahan dan daya saing, percanggahan kepentingan antara diri, pemegang saham serta kepentingan masyarakat. Contohnya, Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan Kod Malaysia untuk Tadbir Urus Korporat (Kod) pada tahun 2000 yang bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia dari segi tadbir urus korporat.Kod ini memperincikan pelbagai usul tentang struktur dan komposisi lembaga pengarah serta penetapan dan pendedahan ganjaran yang diterima. |
| corporate governance | tadbir urus korporat | Pentadbiran | Pengurusan | - |