| industrial robot | robot perindustrian | Ekonomi | Tiada | Mesin-mesin yang boleh berfungsi menjalankan kerja-kerja yang biasanya berulang kali dilakukan oleh manusia dalam aktiviti pengeluaran. |
| acid scaling | penyisikan asid | Kesenian | Seni Reka Perindustrian | Proses mencelup atau merenjis benda kerja dengan asid sebelum kerja pelampasan dibuat ke atasnya. |
| go slow | lambat kerja | Pentadbiran | Tiada | Tindakan perindustrian oleh pekerja dengan sengaja melambat-lambatkan kerja. |
| section work | kerja bahagian | Kesenian | Tiada | Sistem membuat pakaian perindustrian yang setiap bahagian pakaiannya dibuat berasingan dan percantuman lengkapnya dibuat di peringkat akhir. |
| work slow strike | mogok lambat kerja | Pentadbiran | Tiada | Tindakan perindustrian yang dilakukan oleh pekerja untuk mengurangkan daya pengeluaran. |
| acid pickling | pelampasan asid | Kesenian | Seni Reka Perindustrian | Proses menanggalkan kesan oksida dan keladak pada permukaan benda kerja. |
| Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
| alienation | pengasingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses yang membawa kepada terpisahnya individu daripada hasil pengeluaran apabila hak produk tersebut diberi kepada individu lain atau institusi tertentu. Dalam konteks revolusi industri, proses ini memisahkan individu dengan proses pengeluaran dan dunia kehidupannya kesan daripada pengkhususan kerja yang tinggi. Menurut Marx, buruh yang terpisah ini dianggap sebagai objek dalam Zaman Revolusi Perindustrian. Sinonim penyisihan. |