| European Union Taxonomy | Taksonomi Kesatuan Eropah | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sistem pengelasan yang diasaskan oleh Kesatuan Eropah untuk menentukan aktiviti ekonomi yang boleh dianggap lestari. |
| carbon leakage | ketirisan karbon | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Situasi pemindahan operasi syarikat kesatuan eropah ke negara yang polisi iklimnya lebih longgar. |
| member state | negara anggota | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang merupakan ahli dalam sesebuah organisasi politik, ekonomi atau perdagangan, seperti Kesatuan Eropah dan ASEAN. Negara anggota akan terlibat secara langsung dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Contohnya, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang menjadi tuan rumah persidangan ASEAN pada tahun 2015. Oleh itu, kesemua ahli negara anggota ASEAN yang lain harus sama-sama turut menjayakan setiap program yang dilaksanakan. |
| Africa, Caribbean and Pacific (ACP)) | Afrika, Caribbean dan Pasifik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP. |
| Corporate Sustainability Reporting Directive (CSRD) | Perintah Pelaporan Kemampanan Korporat (CSRD) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Peraturan yang diwajibkan oleh Kesatuan Eropah terhadap syarikat berskala besar dan syarikat tersenarai untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang aktiviti alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
| African, Caribbean and Pacific Group (ACP) | Kumpulan Afrika, Carribean dan Pasifik (ACP) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kumpulan negara dari Afrika, Carribean dan Pasifik yang menganggotai Konvensyen Lome 1975 dengan Kesatuan Eropah. Kriteria negara ACP ialah negara yang kurang membangun, negara tanpa pantai dan negara kepulauan kecil. Penyertaan dalam ACP membolehkan hasil mentah dari negara ACP diperoleh dengan lebih mudah dan murah dalam pasaran Eropah, sementara barangan dari Eropah mendapat laluan ke dalam pasaran ACP. Negara ACP juga menikmati manfaat daripada dana khas yang ditubuhkan oleh Kesatuan Eropah bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian mereka. Kini, kumpulan ACP tertakluk kepada Perjanjian Cotonou 2000 yang menggantikan Konvensyen Lome. |
| Carbon Border Adjustment Mechanism | Mekanisme Penyelarasan Sempadan Karbon | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sistem penyelarasan kadar cukai sempadan karbon bagi barangan import di luar blok ekonomi Kesatuan Eropah untuk mencegah ketirisan karbon. |
| Food and Agriculture Organization (FAO) | Pertubuhan Makanan dan Pertanian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke |
| Shareholder Rights Directive (SRD) | Perintah Hak Pemegang Saham (SRD) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Peraturan bagi pelaksanaan hak pemegang saham pada mesyuarat agung syarikat yang didaftarkan dan sahamnya didagangkan di pasaran terkawal Kesatuan Eropah. |
| Just Transition Mechanism | Mekanisme Peralihan Saksama | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Rangka kerja dasar untuk memastikan peralihan yang saksama ke arah ekonomi rendah karbon yang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. Mekanisme ini merupakan sebahagian daripada rancangan pelaburan Perjanjian Hijau Eropah. |