| wind-driven turbine | turbin pandu angin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Turbin yang menggunakan kuasa angin untuk memutarkan bilah-bilahnya. Turbin ini digandingkan dengan penjana untuk menghasilkan kuasa elektrik. Turbin pacuan angin ini boleh dibina atau didirikan secara kelompok yang lebih dikenali sebagai ladang turbin angin untuk menghasilkan kuasa elektrik yang lebih tinggi untuk kegunaan sesebuah kampung, daerah atau disambung terus ke grid voltan tinggi. |
| pollinating agent | agen pendebungaan | Pertanian | Agronomi | Agen seperti serangga, burung, kelawar, angin dan air yang memindahkan debunga dari anter ke stigma untuk melaksanakan pendebungaan. Proses pendebungaan berlaku kerana agen pendebungaan jenis haiwan memerlukan makanan daripada bunga, dan secara tidak langsung debunga akan melekat pada badan agen pendebungaan berkenaan. Proses pendebungaan melalui angin atau air pula berlaku secara semula jadi. Agen pendebungaan kadangkala dibawa masuk dari luar untuk meningkatkan hasil tanaman. Contohnya, kumbang Elaeidobius kamerunicus dari Afrika dibawa masuk ke Malaysia untuk membantu pendebungaan di ladang-ladang kelapa sawit. |
| wind screen | penyaring angin | Landskap | Tiada | Struktur seperti pagar kayu atau tumbuhan yang mengadang tiupan angin kencang yang melintasi kawasan seperti penempatan dan ladang. |