| oceanic ridge | permatang lautan | Geologi | Tiada | Banjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km. |
| ocean ridge | permatang lautan | Sains Marin | Tiada | Permatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan. |
| equatorial current | arus khatulistiwa | Geografi | Tiada | Arus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa. |
| South Indian Ocean | Lautan Hindi Selatan | Geografi | Tiada | Tiada |
| Geostrationary Operational Environmental Satelite | Satelit Persekitaran pengendalian Geopegun | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Satelit meteorologi geopegun kendalian Amerika, di atas khatulistiwa pada longitud 75�B (GEOS-E) dan 135�B (GEOS-W). Satelit-satelit ini membekalkan imej bererti yang meliputi kawasan timur Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Selatan, Lautan Atlantik antara latitud 60�U dan 60�S. |
| El Nino | El Nino | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Fenomena arus lautan yang agak panas yang bergerak ke selatan di sepanjang pantai Ecuador, dan terjadi tidak lama selepas Krismas. Apabila El Nino berlaku, jalur hujan tropika akan bergerak ke selatan dan arus lautan akan menganjur di sepanjang pantai Peru sehingga 12�S. Kejadian ini menyebabkan ikan dan plankton mati di perairan pantai, dan menghasilkan fenomena yang hampir serupa dengan pasang merah Florida. |
| polar maritime air | udara kelautan kutub | Geografi | Tiada | Jisim angin kutub yang sejuk dan berlengas berpunca daripada kawasan lautan kutub Utara dan Selatan. |
| meridional circulation | edaran meridian | Geologi | Tiada | 1. Edaran atmosfera dalam satah mencancang yang terorientasi di sepanjang meridian.,2. Pertukaran jisim air antara kawasan lautan utara dan selatan. |
| trade wind | angin pasat | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik terdapat di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur jalur disebabkan oleh penurunan antisiklon yang nyata yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan; keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat penumpuan mendatar udara dan perkembangan siklon. |
| trade wind | angin pasat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut latitud dan longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagin timur jalur disebabkan oleh ataman antisiklon yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan sebelah barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan, keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat pumpunan udara secara mendatar, dan perkembangan siklon. |