| green belt | lingkaran hijau | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kawasan lapang yang mengelilingi sesebuah bandar yang telah diwartakan dengan tujuan mengehadkan perkembangan bandar tersebut. |
| tropical rain forest | hutan hujan tropika | Herba | Botani dan Bioteknologi | Salah satu jenis hutan yang utama di dunia, yang terletak di kawasan tropika. Hutan ini merupakan satu lingkaran tumbuhan malar hijau dari kawasan tropika basah yang tidak mengalami musim kering yang nyata. Jumlah hujan tahunan yang diterima sekurang-kurangnya 250 cm. Hutan ini mempunyai kepelbagaian spesies yang tinggi. Contohnya, hutan hujan Amazon, hutan hujan Indo-Malaya di kawasan Asia Tenggara dan hutan hujan Afrika di benua Afrika. |
| Archidendron jiringa | jering | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Leguminosae dan berasal dari kawasan Malesia. Jering tumbuh liar di pinggir hutan dan ditanam sebagai sumber makanan. Daunnya berbentuk oblong-eliptik, daun muda lembut dan berwarna ungu pekat. Jambak bunga jenis panikel keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya besar jenis lenggai berwarna perang keungu-unguan. Buah tersusun dalam bentuk lingkaran dan mengandungi biji besar. Bijinya berbentuk bulat, biji muda berwarna hijau cerah dan bertukar perang kemerah-merahan apabila masak. Daunnya digunakan sebagai tampalan untuk merawat kerengsaan kulit dan sakit dada. Air rebusan akar dan kulit batang diminum untuk merawat darah tinggi dan sakit dada. Buah mudanya dimakan mentah sebagai ulam. Buahnya dimakan sebagai sumber antioksidan semula jadi. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing akibat pemendapan asid jenkolik. |