| Federal Council | Majlis Persekutuan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan. |
| local government | kerajaan tempatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Salah satu peringkat kerajaan yang wujud dalam sesebuah negara. Penubuhannya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran. Institusi ini mempunyai autonomi kewangan dan berhak menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan bidang kuasanya. Kuasa kerajaan tempatan tertakluk di bawah kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan, melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuasa mengarah, membantu serta mengawal kerajaan tempatan di seluruh negara. Kerajaan tempatan berfungsi memberikan perkhidmatan perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Antara perkhidmatan tersebut ialah penjagaan kesihatan awam, kebersihan awam dan menyediakan sistem memungut sampah. Terdapat tiga jenis kerajaan tempatan di Malaysia, iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. |
| County Council | Majlis Kawasan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. |