| full-program sponsorship | penajaan program penuh | Komunikasi | Korporat | Salah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain. |
| album release | prasiar album | Kesenian | Tiada | Majlis pelancaran album oleh syarikat rakaman, dalam pelbagai bentuk (album penuh, single) yang dibuat sebelum album tersebut dipasarkan. |