| air mass shower | hujan mencurah jisim udara | Sains | Hidrometeorologi | Hujan mencurah yang dihasilkan oleh olakan tempatan dalam suatu jisim udara yang tak stabil dan merupakan jenis kerpasan jisim udara yang paling biasa. Hujan seumpama ini tidak berkaitan dengan perenggan atau garis ketakstabilan. Hujan mencurah jisim udara paling kerap terdapat dalam jisim udara lengas yang cukup tak stabil sehingga pemanasan hari siang pada permukaan boleh menghasilkan awan kumulus yang sangat matang. Bentuk lampau hujan mencurah jisim udara ialah ribut petir jisim udara. |
| shower | hujan mencurah | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. Titisan zarah pepejal dalam hujan mencurah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak dan, yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam (kumulonimbus) kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat. |
| shower see also storm | hujan mencurah lihat juga ribut | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang biasanya turun lebat dan sekejap, terjadi dari awan perolakan. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan akhiran yang serta-merta dan umumnya oleh perubahan kelebatan yang besar dan cepat. (WMO) |
| torrential rain | hujan mencurah | Geografi | Tiada | Tiada |
| convective showers | hujan mencurah olakan | Sains | Hidrometeorologi | Sama dengan kerpasan olakan. |
| ladle | senduk; centong | Kejuruteraan | Tiada | 1. Centong: Bejana untuk membawa dan mencurah logam lebur. |
| air-mass thunderstorm | ribut petir jisim udara | Sains | Hidrometeorologi | Lihat hujan mencurah jisim udara. |
| mechanical protection | perlindungan mekanikal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kaedah melindungi cerucuk kayu daripada serangan penggerek laut secara mekanikal. Antara cara-cara yang diamalkan termasuk mencurah konkrit di sekeliling cerucuk, menyemburkannya dengan campuran pasir dan simen, menyapu cerucuk dengan beberapa lapisan cat khas, menyalutnya dengan kepingan logam, atau menggunakan cerucuk yang masih berkulit. |
| tropical cyclone | siklon tropika | Sains | Hidrometeorologi | Siklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit. |
| squall | badal | Sains | Hidrometeorologi | Fenomena atmosfera yang dicirikan oleh perubahan kelajuan angin yang amat besar. Fenomena ini bermuala dengan tiba-tiba, berlanjutan selama beberapa minit sahaja dan kelajuannya berkurangan dengn mengejut. Badai selalunya diiringi hujan mencurah atau ribut petir. |