Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon sequestrationsekuestrasi karbonPertanianAgroteknologiProses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global. Kebanyakan proses ini dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis yang menyebabkan karbon dioksida diikat bersama-sama air untuk menjadi karbohidrat. Selagi tumbuhan ini tidak dimusnahkan, karbon dioksida ini akan terus berada dalam bentuk karbohidrat. Ini bermakna untuk mengurangkan pemanasan global, kawasan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan perlu dikekalkan atau ditambah. Sebaliknya, aktiviti menebang dan membakar hutan akan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan kandungan gas rumah hijau serta memburukkan lagi pemanasan global.
global warmingpemanasan sejagat/pemanasan globalKejuruteraanTiadaPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah kaca yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan tukup ais kutub.
global warmingpemanasan globalPelanconganTiadaPeningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna.
El-NinoEl-NinoPerikananTiadaKeadaan suhu permukaan air yang tinggi akibat pemanasan global. Peningkatan suhu ini boleh mengakibatkan kematian karang dan ikan.
Global Warming Potential (GWP)Potensi Pemanasan Global (GWP)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarIndeks ukuran kadar pemerangkapan haba matahari oleh sesuatu gas rumah hijau bagi jangka hayat tertentu berbanding dengan karbon dioksida.
zero burningpembakaran sifarPertanianAgroteknologiPembersihan kawasan hutan atau kawasan tanaman lama untuk ditanam dengan tanaman baharu atau ditanam semula tanpa menggunakan kaedah pembakaran. Pokok yang sedia ada ditumbangkan dan diracik dengan jentera, kemudian ditanam dalam parit untuk dibiarkan reput. Kaedah ini bertujuan untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran dan mengelakkan penjanaan karbon dioksida yang akan mengakibatkan pemanasan global.
protocolprotokolUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian subsidiari yang merupakan sampingan atau tambahan kepada sesuatu triti. Protokol juga boleh dimeterai bagi meminda triti yang sedia ada. Contohnya, Protokol Kyoto 1997 yang merupakan triti tambahan kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB 1992 (UNFCCC). Bagi mencapai matlamat UNFCCC untuk menstabilkan kepekatan gas rumah hijau dalam atmosfera, Protokol Kyoto meletakkan obligasi ke atas negara maju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global.
New World OrderOrde Baru DuniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas.

Kembali ke atas