| visa | visa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dokumen perjalanan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada individu negara lain untuk membenarkannya masuk ke negara tersebut. Visa biasanya berupa cap atau setem di dalam pasport bagi mengawal pentadbiran imigresen sesebuah negara. Dokumen ini merekodkan butiran penting tentang lawatan tersebut seperti profil ringkas individu, tujuan dan tempoh lawatan dan alamat penginapan. Terdapat beberapa jenis visa seperti visa pelancong, pekerja, pelajar dan diplomatik yang berikan secara percuma atau dengan jumlah bayaran tertentu. |