| rainwater harvesting structure | struktur penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Elemen yang diperlukan dalam sistem penuaian air hujan seperti sistem perpaipan, tangki air hujan, pam air dan sebagainya. |
| rainwater harvesting system | sistem penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Sistem penuaian air hujan, juga disebut sebagai sistem pengumpulan air hujan atau sistem tadahan air hujan yang merupakan teknologi mengumpul dan menyimpan air hujan untuk kegunaan manusia. |
| rain harvesting | penuaian hujan | Alam Sekitar | Tiada | Lihat penuaian air hujan. |
| rainwater harvesting tank | tangki penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Tangki yang digunakan untuk menakung atau mengumpul air hujan. |
| rooftop rainwater harvesting | penuaian air hujan bumbungan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki. |
| rainwater harvesting | penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan daripada bumbung atau permukaan tanah, lalu disalurkan ke tempat takungan tertentu. Air hujan yang terkumpul ini boleh digunakan semula sebagai suatu sumber minuman, pengairan di taman atau kebun, serta untuk kegunaan harian seperti membasuh kereta, membekalkan air kepada haiwan ternakan dan perpaipan awam. |