| amalgamation | penggabungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan. |
| United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) | Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Bangsa- Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Agensi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1962. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya persidangan ini adalah kerana ketidakpuasan hati kebanyakan negara sedang membangun dengan sokongan terhad yang diperoleh daripada beberapa saluran antarabangsa untuk membantu mereka mencapai matlamat ekonomi. Persidangan ini didominasikan oleh Kumpulan 77, iaitu satu penyatuan yang kukuh antara negara sedang membangun. Walaupun penyatuan ini sekarang merangkumi lebih kurang 125 negara, mereka masih dikenali sebagai Kumpulan 77. Agensi ini berfungsi sebagai saluran bagi negara membangun dalam memajukan kepentingan mereka bersama. Terdapat pelbagai permintaan yang dikemukakan oleh agensi ini dalam resolusi yang diluluskannya. Contohnya, resolusi menstabilkan harga komoditi utama melalui persetujuan antarabangsa dan mengurangkan tarif serta halangan perdagangan lain terhadap komoditi utama. Sinonim UNCTAD. |