| double-lipped (vessel) | dwilapis bibir (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian bibir pada tembikar tanah yang bertindih. Pada pandangan sisi, seakan mempunyai dua bibir dan bertingkat. Tembikar jenis ini mempunyai bahagian permukaan yang lebar sementara bahagian dasarnya mendatar dan digunakan sebagai bekas menyimpan makanan dan status sosial. Tembikar ini dihasilkan pada zaman Neolitik di Malaysia. Contohnya, pada tapak perkuburan 13 dan 30 di Gua Cha, Kelantan. |